Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki British Dakwa Terkandas Di Malaysia Selepas Gagal Bayar Parkir RM7 – “Menjengkelkan, Tak Masuk Akal”

Seorang lelaki British dakwa terkandas di Malaysia selepas gagal membayar tiket parkir yang bernilai RM7 (£1.27) kerana mesin pembayaran menolak kadnya.

Memetik laporan Express, jurutera elektrik dari London, Ahmed Hadi berkata pasportnya telah diambil oleh mahkamah selepas dia meletak kereta selama 10 minit sahaja ketika melawat keluarganya pada 7 Disember lalu.

Lelaki British dakwa terkandas di Malaysia, gagal bayar parkir

Lelaki British dakwa terkandas di Malaysia

Menurut Ahmed, ketika keluar dari tempat letak kereta tersebut, dia menegaskan telah cuba untuk membayar caj RM7 itu, tetapi mesin pembayaran menolak kedua-dua kad yang digunakan.

Pada masa yang sama, dia turut mendakwa telah menekan butang bantuan dan berinteraksi dengan pegawai parkir selama 10 minit, namun tiada bantuan lain diberikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, Ahmed didakwa cuba mengangkat palang plastik yang menghalangnya untu keluar dari tempat letak kereta dan secara tidak sengaja menyebabkan kerosakan.

Tindakannya itu telah mengakibatkan dia ditangkap dan dibicarakan dan peguamnya berunding untuk mencari jalan penyelesaian dengan syarikat parkir tersebut.

Bagaimanapun, selepas lapan minggu kejadian itu berlaku, mahkamah masih menyimpan pasport Ahmed yang disita sebagai sebahagian daripada syarat jaminannya, menyebabkan dia berada dalam dilema.

Sebelum ini, Ahmed merancang untuk berpindah ke Malaysia bersama isterinya dan dua orang anak mereka, namun disebabkan insiden tersebut, dia kini ragu-ragu untuk meneruskan rancangan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki British dakwa terkandas di Malaysia, ditahan pihak polis selepas tolak palang

“Semua ini tak masuk akal sejak awal. Saya bersedia untuk membayar, tetapi mesin parkir tidak dapat menerima wang dan tidak membenarkan saya keluar.
“Saya fikir semua sudah diselesaikan, tetapi saya masih tidak mempunyai pasport atau idea bila, atau jika saya akan mendapatkan dokumen saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmed turut melabel Malaysia sebagai sebuah ‘neraka tanpa hak asasi manusia’ sambil berkongsi pengalamannya ketika berada dalam tahanan.

Artikel lain: Wanita Sanggup Ulang-Alik Dari Penang Ke KL, Naik Kapal Terbang Pergi Kerja Setiap Hari

“Keadaan dalam sel sangat teruk, 50 orang terpaksa berkongsi satu tandas. Seorang polis juga mengancam untuk memukul saya.
“Kita fikir Britian rosak, tapi pengalaman ini membuatkan saya sedar betapa baiknya keadaan di sana. Negara ini hanya mengambil kesempatan dan anda tidak bebas,” ujarnya.

Ahmed turut mengakui bahawa dia ada mengangkat palang tersebut, namun menegaskan dia tidak berlaku kasar dan hanya menolak dengan lembut.

Lelaki British dakwa terkandas di Malaysia, pasport dirampas

“Tiada jalan keluar lain. Sangat menjengkelkan dan tidak masuk akal. Saya angkat palang itu dengan lembut, tetapi ia terus bengkok macam kertas.
“Kami rancang pindah di sini sebelum ini, tapi selepas kejadian ini, tak mungkin. Tiada perikemanusiaan. Bila saya ditahan, tiada siapa bacakan hak saya.
“Saya dipindahkan ke sel berbeza setiap hari. Isteri saya tak tahu saya di mana atau apa yang sedang berlaku,” katanya.

Sementara itu, isteri Ahmed menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara polis kerana tiada kebebasan bersuara disamping pihak berkuasa menahan orang sesuka hati demi wang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Express

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd