Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Lebih Fokus Kuatkan Parti, Mesyuarat MT UMNO Tak Bincang Isu Babit Pemecatan Ahli

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung tadi tidak membabitkan isu pemecatan beberapa ahli sebaliknya lebih memberikan fokus kepada usaha memperkasakan parti itu.

Menurut laporan Bernama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan Ahli Majlis Tertinggi, Isham Jalil sebelum ini juga tidak dibangkitkan.

Sebelum ini, Isham pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO perlu bergerak solo, namun atas sebab ketidakhadiran beliau pada mesyuarat, isu ini tidak dibincangkan.

“Isu ini tidak timbul kerana keputusan Kerajaan Perpaduan sudah dibuat pada 23 November 2022, itu keputusan parti oleh Majlis Tertinggi (MT)… keputusan yang diambil itu adalah keputusan konsensus.
“56 Ahli MT semua bersetuju dan hanya dua orang sahaja yang mempunyai pandangan berbeza. Tetapi, ketetapan bersama dibuat dan selepas itu tiada isu berbangkit di luar oleh mana-mana MT,” katanya.

Beliau turut mengulas isu melibatkan ADUN Rembia, Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang telah menghadiri Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN) dimana perkara itu terserah kepada Lembaga Disiplin.

Sebelum ini, Isham mendakwa dirinya dan beberapa ahli UMNO berkemungkinan dipecat daripada parti itu minggu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini disebabkan tindakannya yang mengkritik keputusan kepimpinan parti menyertai pilihan raya bersama Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Asyraf berkata UMNO menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan semula Konvensyen Ekonomi Bumiputera.

Selain daripada itu, beliau juga menawarkan untuk mengurus selia penganjuran konvensyen tersebut.

Isu berbangkit lain yang telah dibincangkan adalah UMNO akan melaksanakan langkah penambahbaikan dan pemerkasaan parti tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dapatan post-mortem keputusan enam Pilihan Raya Negeri yang telah diperincikan dan diperoleh dari bahagian-bahagian UMNO akan dijadikan panduan untuk memperkukuhkan lagi parti ini.

“Konvensyen UMNO bahagian-bahagian juga akan diadakan berfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti dan memberikan kefahaman kepada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi berkenaan dasar-dasar parti membabitkan prinsip dan hala tuju perjuangan parti dalam Kerajaan Perpaduan
“Pengukuhan hubungan kerjasama UMNO bersama rakan-rakan parti dalam PH juga akan dipergiatkan bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd