Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Lebih Baik Saya Masuk Gegar Vaganza” – Rafizi Ramli

Baru-baru ini, ada satu akhbar melaporkan yang Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli adalah antara menteri yang mendapat skor rendah kerana rakyat masih belum berpuas hati dengan gerak kerjanya.

Ambil keputusan tak nak popular

Memetik laporan dari Utusan Harian, Rafizi menyatakan lebih baik mengikuti program Gegar Vaganza jika populariti dari segi membuat tindakan dan keputusan yang dilihat oleh rakyat.

“Kalau ahli politik tindakan dan keputusannya semata-mata untuk meraih populariti, lebih baik saya masuk Gegar Vaganza.” ujarnya.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, tugasnya sebagai seorang menteri adalah untuk memperbaiki keadaan struktur ekonomi negara iaitu melibatkan seluruh rantaian.

“Saya faham bahawa perkara yang betul-betul diperhatikan rakyat setiap hari ialah soal harga barang. Perkara tersebut bukan boleh diselesaikan dalam tempoh satu atau tiga minggu.
“Kerjaya politik saya memang pada awalnya saya ambil keputusan tidak popular. Semasa bertanding untuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), ada perkara yang saya tidak bersetuju secara terbuka dengan Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
“Rekod saya selalunya, kalau saya merasakan perkara itu betul dan saya fokus. Dua tiga bulan akan datang apabila ia menjadi maka orang akan diam, sebab itu sebagai ahli politik saya tidak terikut-ikut dengan dilambung dan dimainkan baik dari pihak media mahupun sosial media,” katanya.

Mahu jalankan tanggungjawab sebaiknya

Beliau yang ditemui dalam sidang media Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mengatakan yang fokus utamanya kini adalah untuk menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya dan menumpukan kepada penyelesaian masalah yang dihadapi rakyat bagi masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sama dalam soal perancangan ekonomi, kita ada masalah struktur yang besar. Kita tidak ada wang seperti sebelum ini, hutang kita RM1.5 trilion jadi tidak boleh mengharapkan kerajaan ambil wang dan subsidi untuk menurunkan harga barang.
“Jika melakukan seperti itu akan menambah masalah. Sebab itu untuk menurunkan harga barang, kita mesti mengatasi ia daripada segi perbekalan dan juga permintaan. Perkara ini melibatkan orang ramai kerana untuk mengubah sikap akan mengambil masa,” ujarnya.

Rafizi juga yakin bahawa bila tiba masanya, rakyat akan mulai kurang bercakap kerana masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang sudah di tetapkan.

Sumber: Utusan Malaysia (Arif Aiman Asrol)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd