Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Lebih Baik Pergi Indo Atau Thai!”- BLINK Malaysia Amuk, Harga Tiket Born Pink Cecah RM2K

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila harga tiket bagi konsert jelajah dunia kumpulan K-Pop tersohor dunia, BLACKPINK iaitu BORN PINK IN KUALA LUMPUR mula disiarkan.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial pihak penganjur itu sendiri dengan memaklumkan tiket dijual dengan harga serendah RM388 sehingga RM1,888.

Namun, apa yang membuatkan peminat setia BLACKPINK iaitu BLINK kecewa adalah harga yang ditawarkan adalah tidak berbaloi selain kedudukan tempat penonton didakwa terlalu jauh dari pentas utama.

Ia secara tidak langsung membuatkan mereka rasa tidak puas hati dengan servis ditawarkan mengikut harga berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harga terlalu mahal

Rata-rata warga BLINK mengatakan harga tiket ditawarkan tidak berbaloi dengan situasi rakyat Malaysia yang kebanyakannya bukanlah golongan berada dan berkemampuan.

Berbaloi ke bayar kalau dapat pemandangan macam ni? Risau jadi Lisabilis atau Bilispink

Harga VIP Benefits pun tak berbaloi berbanding negara lain!

Malah, mereka juga meluahkan kekecewaan melihat kelebihan yang bakal diperoleh oleh pembeli tiket seperti penawaran akses pre-show soundcheck jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain.

Lebih baik aku pergi tengok konsert BLACKPINK di Indonesia atau Thailand!

Selain itu, ada juga mengatakan adalah lebih baik sekiranya mereka pergi menonton konsert tersebut di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia memandangkan harga tiket yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding Malaysia.

Mana tidaknya, mereka boleh membeli tiket VIP dengan harga antara RM1,100 sehingga RM1,300 sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Apa-apa pun, tepuk dada ‘intailah’ poket masing-masing sebelum jumpa BLACKPINK. Atau mungkin bakal ada kejutan di saat akhir oleh pihak pengurusan terhadap BLINK?
Sumber: Twitter @livenationmy

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd