Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih 30,000 Pemohon Lulus BUDI MADANI Terima RM200 Pada 10 Jun Ini

Kementerian Kewangan (MOF) bakal menyalurkan bantuan tunai pertama di bawah inisiatif BUDI MADANI kepada pemohon lulus bantuan ini berjumlah RM200 pada 10 Jun ini melalui akaun bank penerima.

Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semananjung Malaysia.

Pemohon lulus BUDI MADANI terima RM200 10 Jun ini

“Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima BUDI MADANI. Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.
“Permohonan yang dibuat selepas bulan Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada bulan Julai 2024 dan tidak akan mendapatkan bayaran untuk bulan Jun 2024,” kata MOF dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, MOF turut memaklumkan setakat 6 Jun 2024, lebih daripada 30,000 pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai itu.

Sekadar info, BUDI MADANI ialah usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Golongan ini terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Di bawah Belanjawan 2024, Kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagi membendung kenaikan kos sara hidup, Kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel bersasar kepada kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu.

Manakala, bantuan tunai RM200 disediakan kepada individu, petani dan pekebun kecil komoditi yang layak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan adalah atas sebab tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Sebagai contoh, terdapat pemohon petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar di Kementerian yang berkenaan,” jelas MOF.

Bagi pemohon individu yang tidak diluluskan, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my/.

Bagi pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah Kementerian yang berkenaan, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu, sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, sila layari https://budimadani.gov.my atau hubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau secara emel di [email protected].

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperolehi di semua pejabat LHDNM seluruh Semenanjung Malaysia.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia maut selepas disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu. Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa,...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Sukan

Pasukan bola sepak negara melonjak dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menduduki tempat ke-116 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd