Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Laksana Projek Mobiliti Rakyat, Kerajaan Setuju Peruntuk Dana Sebanyak RM7.2 Bilion – KKR

Kementerian Kerja Raya memaklumkan Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM7.2 billion bagi mewujudkan jaringan jalan raya sebagai akses dan mobiliti kepada rakyat kawasan utara Negeri Sarawak yang berada di kawasan pedalaman melalui Projek Sarawak Sabah Link Road Fasa 2.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyerahkan Surat Setuju Terima bagi pelaksanaan projek Sarawak Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR Fasa 2) sekali gus melantik Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sarawak  sebagai Pengarah Projek tersebut.

Projek SSLR Fasa 2 merupakan salah satu daripada lima projek Mega yang telah dikenalpasti sebagai projek utama yang akan dilaksanakan dalam tahun 2024 sepertimana yang disampaikan oleh Alexander sewaktu majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KKR. Projek ini dijadualkan disiapkan dalam tempoh lima tahun

Projek ini melibatkan pembinaan baru dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 322 kilometer yang akan menghubungkan bandar Lawas ke bandar Limbang dan seterusnya ke Pekan Mulu tanpa melalui Negara Brunei Darussalam,” kata Alexander.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pengarah Projek dan Surat Setuju Terima bagi Projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 2, di Bilik Mesyuarat KKR, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, projek ini bagaimanapun akan dilaksanakan secara berfasa melalui empat pakej secara Reka dan Bina dan dijangka siap pada tempoh tiga hingga lima tahun dan berkemungkinan menjadi pemangkin dan faktor pengganda kepada pembangunan dan suntikan kepada ekonomi di kawasan utara Negeri Sarawak serta diharap akan meningkatkan industri eko pelancongan terutamanya di kawasan Ba’kalalan dan Mulu yang kaya dengan flora dan fauna.

“Saya mengharapkan agar pelaksanaan projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual dan memberi nilai yang munasabah kepada kerajaan.
“Bagi Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak, yang telah saya turunkan kuasa diharap akan mengawal selia dan memantau pelaksanaan bagi
Sarawak – Sabah Link Road Fasa 2 ini,” katanya lagi.

Beliau turut menitipkan harapan agar kerjasama dan dokongan oleh semua pihak bagi merealisasikan harapan Kerajaan Persekutuan Madani ini supaya pelaksanaan projek ini dapat disempurnakan mengikut tempoh dan kos yang telah ditetapkan. 

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Syarikat Maltimur Aktif Unggul JV Sdn Bhd yang telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakan projek Sarawak – Sabah Link Road Fasa 2 ini dan tahniah juga saya ucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak yang diberikan kepercayaan bagi mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek bernilai dan berimpak tinggi ini, sekaligus dapat
meningkatkan kompetensi selaku Agensi Pelaksana Teknikal di Negeri Sarawak,” ujarnya sebagai penutup.

Projek ini walau bagaimanapun mampu meningkatkan akses dan mobiliti rakyat Madani Negeri Sarawak yang berada di kawasan pedalaman di kawasan utara negeri Sarawak, bermula dari Bandar Lawas hingga ke Bandar Miri melalui Bandar Limbang.

Pelaksanaan projek ini merupakan satu lagi bukti komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam membangunkan rangkaian jalan raya secara lebih terancang, sistematik dan efisien. Ini selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR yang ingin menyediakan infrastruktur yang selesa dan selamat kepada semua rakyat Malaysia Madani secara berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd