Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Amaun Ke Akaun Fleksibel

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan sebanyak 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan telah diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion setakat 22 Mei 2024 ini.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin berkata, KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.

Foto: dagangnews.com

“Kami juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.  Ini mencerminkan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna, di samping kami terus berinovasi dan mengembangkan penawaran digital kami,” katanya hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 3.04 juta permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel telah diluluskan yang mana melibatkan jumlah sebanyak RM5.52 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bermula 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan untuk memindahkan satu pertiga daripada baki simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

Foto: ikerajaan.com

“Pemindahan amaun awal ke Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan dibuat. Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan,  dengan pengeluaran minimum RM50,” ujarnya.

Sementara itu, Sazaliza turut menasihatkan kepada ahli supaya tidak tergesa-gesa membuat pemindahan kerana tarikh tutup pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel adalah pada 31 Ogos 2024.

“Ahli yang masih belum mendaftar dengan KWSP i-Akaun digalakkan berbuat demikian bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.

Foto: Harian Metro

Ahli dinasihatkan untuk mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit mereka melalui Terminal Layan Diri (SST) yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan menerima Kod Kebenaran Urus Niaga (TAC) bagi mengesahkan identiti mereka semasa menjalankan transaksi,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan ahli disamping memenuhi keperluan kitaran hidup semasa mereka yang mana distruktur semula daripada dua akaun kepada tiga akaun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: KWSP

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd