Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kurangkan Beban Hidup Rakyat, Kerajaan Akan Umum Langkah Tanpa Keluar KWSP

Beberapa langkah akan diumumkan dalam Belanjawan 2023 bagi mengurangkan beban hidup rakyat tanpa perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, orang ramai perlu memikirkan masa depan meskipun pengeluaran KWSP difahamkan dapat membantu sesetengah golongan yang memerlukan.

“Saya fikir kita boleh ambil jalan mudah dengan membenarkannya, tetapi dalam keadaan masyarakat kita makin menua dan kos untuk melalui hari tua itu akan bertambah tinggi pada masa akan datang…
“…jadi memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan seberapa ramai (rakyat) yang boleh ada sedikit simpanan.
“Apa yang kita mampu bantu dari segi bantuan, dasar yang lain sekarang ini yang membabitkan kos dan pendapatan, kita perlu tumpu yang itu dahulu kerana menyentuh atau mengambil wang persaraan di hari tua, walaupun ia nampak mudah untuk ahli politik sekarang…
“…tetapi dia mencuci tangan untuk masa akn datang kerana yang akan menanggungnya ialah mereka yang kehilangan simpanan hari tua,” katanya pada sidang media sebuah program di ibu negara hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mengkaji alternatif atau jalan yang lebih sesuai untuk membantu rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP.

Ini kerana simpanan tersebut adalah penting bagi mengelakkan rakyat berasa dalam kesusahan apabila tiba masa untuk mereka bersara nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Hazwan Faisal Mohamad)

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemergian sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu semalam mengundang rasa sayu dalam kalangan...

Dunia

Seorang wanita menangis sewaktu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali di hadapan umum selepas didapati bersalah berzina dengan iparnya. Tak kuat tahan sakit Video...

Lokal

Malang tidak berbau, seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal ditungganinya dipercayai gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan treler. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam...

Lokal

Rezeki tak disangka, seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat...

Advertisement