Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kumpulkan Pemain Dan Peminat, Malaysia Bakal Anjurkan Anugerah E-sukan Pertama

Untuk julung kalinya, Malaysia akan mengadakan Anugerah E-Sukan pertama yang akan dianjurkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Januari tahun depan.

Acara tersebut akan dianjurkan oleh Alive Asia Events Sdn Bhd bersama Esports Integrated (ESI) dengan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), lapor Harian Metro.

Anugerah ini bertujuan untuk memberikan penghormatan kepada penyumbang dalam industri E-sukan yang sedang berkembang pesat di negara ini.

Acara ini bukan sekadar majlis penganugerahan, namun ianya juga satu acara yang akan mengumpulkan peminat-peminat industri E-sukan dari seluru Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mengabungkan kepelbagaian daripada segi pengalaman dan kepakaran, Jawatankuasa Pemilihan Juri dan barisan juri terdiri dalam kalangan individu daripada agensi kerajaan, persatuan-persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak berkepentingan.

“Pembentukan jawatankuasa ini akan menyelia majlis penganugerahan bagi memastikan proses pengadilan adalah berpaksikan integriti dan ketelusan,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Tambah mereka, Jawatankuasa Pemilihan Pemenang pula akan dipilih daripada ketua jabatan kerajaan dan pengarah agensi di bawah KBS, presiden NGO serta pegawai eksekutif daripada pemain industri.

“Melalui pendekatan yang teliti ini, anugerah ini menjadikan pengiktirafan terhadap pelopor sebenar dalam E-sukan di Malaysia.

“Semua pihak dijemput hadir, sama ada anda peminat tegar mahupun seorang yang baru berjinak dengan E-sukan,” ujar penganjur.

Nantikan kemunculan acara perintis ini yang akan meraikan pemain, mencipta dan membawa cita-cita besar dalam persada E-sukan Malaysia.

Sumber: Harian Metro (Saiful Affendy Sapran)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd