Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kubu Bawah Tanah Dibuka Untuk Tempahan, Jadi Bandar Pelindung Dari Kiamat

Sebuah bandar yang diberi julukan ‘Kota Hari Kiamat” kini membuka tawaran kepada mereka yang berminat untuk mendiami kubu-kubu mewah bagi menyelamatkan diri daripada mala petaka akhir zaman di muka bumi.

Memetik laporan The Sun, bandar ‘Kota Hari Kiamat’ di negeri Dakota Selatan terletak di kawasan pergunungan Black Hills dan ia boleh menempatkan sehingga 10,000 orang di 575 bunkers yang disediakan untuk semua kemungkinan.

Lokasi sebuah projek dikenali Vivos itu merupakan bekas tapak pangkalan tentera seluas 28.9 kilometer yang pernah digunakan untu menyimpan bom dan senjata dari tahun 1942 hingga 1967.

bandar kiamat

bandar kiamat

Artikel lain: Gempa Bumi: Turkiye Bersedih, Bencana Berlaku Ketika Ramai Sedang Tidur

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesan daripada ancaman pandemik Covid-19, perang Ukraine serta risiko Perang Dunia Ketiga meletus dari Russia hingga ke China dan Asia Barat menyebabkan  permintaan untuk pemilikan bunker Vivos berkembang pantas.
“Kita hidup dalam tempoh masa yang sangat berbahaya. Justeru, adalah menjadi satu keperluan untuk mempunyai penyelesaian perlindungan jaminan hayat,” kata Pengarah Eksekutif Vivos, Dante Vicino.

Difahamkan, pangkalan itu telah diubai suai menjadi kubu yang boleh didiami dan ia bertujuan dijadikan projek survival kemanusiaan epik dan ia bukan hanya untuk 1% teratas.

bandar kiamat

Menarik lagi, bunker moden tersebut turut menawarkan pelbagai keperluan untuk para penghuninya yang dilihat seakan menyerupai perbandaran.

Ini termasuklah kemudahan gimnasium dan pawagam. Malah, unit sewaan pula dilengkapi dengan perabot termasuk sofa, meja kopi, dapur, peti sejuk, mesin basuh dan meja makan.

Dante Vicino berkata, mereka berasa bertanggungjawab bagi memastikan para penghuni dapat melindungi keluarga mereka sendiri semasa berlakunya hari ‘kiamat’ dan malapetaka yang amat dahsyat tidak lama lagi.

Katanya lagi, Vivos merupakan pelan sandaran B untuk jaminan hayat penghuni apabila mereka kehilangan segala-galanya akibat malapetaka yang berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila orang lain berebut-rebut mencari penyelesaian, ahli kami akan pergi ke tempat perlindungan yang ditetapkan mereka, disertai oleh ratusan orang yang berfikiran sama, semuanya bersedia untuk mengunci pintu letupan dan mengatasi apa jua ancaman yang mungkin berlaku di atas.”katanya.

bandar kiamat

Sumber: The Sun

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd