Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kuala Lumpur Tempat Ke-3, Melaka Ke-7 ‘Syurga Makanan’ Asia Tenggara

Kuala Lumpur tempat ke-3 menjadi destinasi ‘syurga makanan’ buat pelancong yang mahu menikmati juadah lazat serta harga berpatutan di Asia Tenggara.

Makanan jalanan sangat menarik

Menerusi laporan dari Statista, sebuah platform statistik dalam talian bersama Booking.com pada 5 Februari lalu memakumkan yang Kuala Lumpur berada di belakang Bangkok dan juga Singapura bagi hal tersebut.

“Dengan pelbagai jenis makanan jalanan yang menarik, kari pedas, sup lebih manis dan hidangan makanan laut yang lazat, sesiapa sahaja akan berasa sukar untuk mencalonkan destinasi makanan terbaik di Asia Tenggara,”  kata Statista.

Sekadar gambar hiasan

Kuala Lumpur tempat ke-3, Melaka tempat ke-7

Susulan daripada itu, pihak Booking. Com telah menyusun senarai destinasi terbaik untuk makanan dan restoran berdasarkan maklum balas daripada pengguna platform tersebut di seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi lima tempat teratas dalam senarai tersebut, kebanyakan destinasi syurga makanan di Asia Tenggara telah di dominasi oleh ibu negara.

Kuala Lumpur tempat ke-3, ada belakang Bangkok & Singapura

Dalam pada itu, Chiang Mai, Thailand dan Ho Chi Minh City, Vietnam telah berada di kedudukan keempat dan kelima dalam senarai tersebut dan barulah diikuti Ubud, Indonesia di tempat keenam.

Malaysia sekali lagi disebut dalam senarai berkenaan apabila Melaka menduduki tempat ketujuh syurga makanan dan Hanoi pula di tempat kelapan.

Kredit foto: Daily Makan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melaka tempat ke-7 diatas Bali dan Patong Beach

Seterusnya, Seminyak di Bali Indonesia dipilih berada di tempat kesembilan manakala tempat kesepuluh kembali ke Thailand iaitu Patong Beach.

Menurut Statista lagi, Bangkok, Singapura dan Kuala Lumpur juga tergolong dalam negara-negara di Asia Tenggara yang paling kerap didatangi pelancong.

“Negara ini juga memiliki pelbagai restoran antarabangsa,” tulis Statista.

Hal tersebut sekali gus memberi pilihan untuk pelancong merasai pelbagai jenis juadah dengan budaya setempat yang cukup berbeza.

Sumber: Statista

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Sosial

Seorang wanita tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas didapati memiliki senjata berbahaya iaitu pisau ketika berlangsungnya malam penutup Rain Rave Water Music Festival 2026...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd