Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPWKM, 99 Speed Mart Hulur Sumbangan Kepada Penerima Bantuan JKM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama dengan 99 Speed Mart Sdn Bhd melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam menghulurkan sumbangan kepada penerima bersasar.

Foto: FB KPWKM

Menerusi satu kenyataan, menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerjasama strategik ini menunjukkan hubungan yang harmoni antara kerajaan dengan swasta dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

“CSR bekerjasama dengan KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghulurkan sumbangan kepada penerima bantuan JKM khususnya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Penyerahan Kit Makanan Ramadan dan Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Sasar KPWKM yang bertempat di Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras, Selangor pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB KPWKM

Beliau juga berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha kolaborasi strategik Awam-Swasta antara KPWKM dengan syarikat 99 Speed Mart Sdn Bhd.

“Sebagai permulaan kerjasama ini, seramai 1,500 orang penerima bantuan JKM akan menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas sebagai persediaan sambutan Aidilfitri seperti tepung gandum, paket bihun, kordial ros, buah kurma, gula pasir, biskut krim, paket minuman coklat dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Pada masa sama, Nancy berkata seramai 1,000 orang penerima bantuan adalah dari Selangor manakala 500 orang lagi dari Kuala Lumpur yang mendapat manfaat daripada kerjasama ini.

“Kementerian mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat dan swasta untuk menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama agensi di bawah Kementerian demi kesejahteraan kumpulan sasar KPWKM,” tambahnya lagi.

Foto: FB KPWKM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Norazman Othman, Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart Yong Eng Kwang dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Agensi.

Untuk makluman, sebanyak 13 buah syarikat telah menyumbang pelbagai bentuk barangan dan peruntukan tunai melalui JKM kepada kumpulan sasar KPWKM yang direkodkan sejak tahun 2022 hingga 2023.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Lokal

Seorang wanita berkongsi kisah yang mengharukan apabila kereta yang dinaiki dirinya sekeluarga mengalami kerosakan. Menerusi perkongsian daripada pengguna Thread dikenali sebagai elliasaheba, dia menyatakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd