Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPN Anjur Program FoodUnites, Bukan Sekadar Festival Makanan

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) anjur program FoodUnites di Kuching Waterfront, Sarawak pada 3 dan 4 Februari ini.

Menerusi satu kenyataan, ia adalah menghidupkan semula dan mengekalkan makanan warisan sebagai simbol perpaduan di Malaysia.

KPN Anjur Program FoodUnites

KPN Anjur Program FoodUnites

KPN berkata, program ini menitikberatkan usaha untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran terhadap makanan tradisi khususnya di kalangan generasi muda.

“FoodUnites bukan hanya sekadar festival makanan, tetapi juga sebuah perhimpunan budaya yang merentasi waktu, membawa kehidupan kepada cerita-cerita di sebalik setiap hidangan, dan mengajak masyarakat untuk menghargai kekayaan kuliner yang menjadi warisan kita.
“Mari bersama-sama menjelajah dan menghormati keunikan cita rasa Malaysia melalui program FoodUnites dengan menjadikan makanan sebagai jambatan penyatupaduan di tengah kepelbagaian kita,” kata KPN hari ini.

Artikel lain: KPN Cadang 14 Ogos Diangkat Sebagai Hari Kaligrafi Perpaduan Nasional

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPN Anjur Program FoodUnites

Program itu akan dirasmikan oleh menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang pada 3 Februari dengan membawa tiga objektif utama iaitu perpaduan kaum, warisan kaum serta kepelbagaian Malaysia.

FoodUnites menampilkan Laksa Sarawak sebagai makanan utama selain enam lagi makanan tradisi antaranya Nasi Lemak, Char Kuey Teow, Nasi Briyani, Latok, Ayam Pansuh, dan Kek Lapis.

Malah, terdapat juga aktiviti seperti termasuk Zumba, Permainan Tradisional, Cabutan Bertuah, Kesenian dan Kebudayaan, Pameran, Pertandingan dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd