Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Peruntuk Lebih RM9 Juta Naik Taraf Fasiliti Sukan SSAS

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi peruntukkan lebih RM9 juta bagi projek naik taraf fasiliti sukan Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS).

Menerusi satu kenyataan media, KPM telah menjalankan sesi penyerahan projek naik taraf trek sintetik , astaka dan padang bola sepak SSAS semasa Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri KPM 2024 di SASS, Putrajaya hari ini.

KPM berkata, ia menunjukkan keprihatinan pihaknya terhadap pembangunan fizikal setiap sekolah di negara ini termasuk keperluan aktiviti pendidikan jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, sekolah yang beroperasi sejak tahun 2000 ini telah melahirkan murid-murid yang cemerlang daripada segi akademik dan sukan terutamanya ragbi.

Sementara itu, projek yang dikenali sebagai “Pembinaan Gantian dan Naik Taraf Trek Sintetik, Kerja-kerja Naik Taraf Astaka dan Padang Bola Sepak” ini tekah dipersetujui di bawah peruntukan pembangunan KPM memandangkan keadaan padang dan trek sekolah tersebut yang membahayakan murid.

Sehubungan itu, pihak KPM telah melantik dua agensi pelaksana bagi projek ini iaitu Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Pihak KPM telah memperuntukkan kos sebanyak RM9,058,000 bagi projek pertama di Putrajaya ini dengan menggantikan rumput sebelum ini dengan rumput sintetik atau artificial synthetic turf.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sinar Bestari

Dengan tersedianya kemudahan fasiliti sukan terkini SSAS, KPM berharap agar inisiatif ini akan memberi manfaat kepada para pelajar sekali gus ia dapat digunakan untuk kejohanan-kejohanan sukan di peringkat Putrajaya, kebangsaan dan antarabangsa.

Dalam pada itu, Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri ini diadakan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan mesra antara warga KPM dengan barisan kepimpinan negara, malah ia turut meraikan anak yatim dan golongan B40 dengan memberi sumbangan duit raya pada majlis tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd