Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Rai 445 Graduan Termasuk 280 Penghuni Penjara Terima Sijil Bidang Pengurusan Sisa Pepejal

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) meraikan 445 graduan dalam Majlis Konvokesyen SWCorp kali ketiga (Sijil Kemahiran Malaysia).

Seramai 280 orang daripada graduan tersebut merupakan penghuni penjara dari 17 institusi penjara terpilih di Semenanjung Malaysia, penyelia dan pekerja-pekerja daripada Syarikat Konsesi Alam Flora Sdn Bhd, SWM Environment Sdn Bhd dan Environment Idaman Sdn Bhd serta warga kerja SWCorp sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk M Noor Azman Taib berkata, majlis itu adalah pengiktirafan dan penghargaan KPKT kepada para graduan yang berjaya menamatkan latihan kemahiran melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan pengiktirafan pencapaian terdahulu (PPT).

“Kerajaan malaysia telah mensasarkan 35% tenaga kerja mahir menjelang 2030, berbanding 27.9% ketika ini. malah, menurut
presiden malaysia board of technologists (MBOT), bank dunia menyatakan bahawa malaysia perlu mewujudkan 2 juta pekerjaan kemahiran tinggi untuk menyamai tahap purata negara- negara organisation or economic co- operation and development (OECD).
“Di samping itu, menteri sumber manusia menyatakan bahawa seramai 4.5 juta rakyat malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (up- skilling) dan melaksanakan latihan semula (re-skilling),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen SWCorp kali ketiga (Sijil Kemahiran Malaysia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

M Noor Azman berkata, susulan itu pelaksanaan inisiatif bagi menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran adalah sangat relevan untuk menyumbangkepada satu keperluan ke arah perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negara yang mampan demi kesejahteraan rakyat.

“Saya percaya bahawa pelaksanaan inisiatif pensijilan kemahiran malaysia yang telah mula dilaksanakan oleh SWCorp sejak tahun 2019 ini adalah merupakan satu hasrat yang jelas dari KPKT.
“Ia sebagai hala tuju baharu di bawah agenda dan salah satu bidang fokus kementerian dalam memperkasakan pengurusan sisa pepejal bersepadu yang lebih efektif dan efisyen pada masa hadapan selain menuju ke arah pelaksanaan ekonomi kitaran di peringkat nasional secara menyeluruh.
“Selain itu, ia juga adalah merupakan salah satu pelan tindakan di bawah dasar kebersihan negara tahun 2020-2030 yang mensasarkan peningkatan kualiti dan kemahiran pekerja dalam sektor pembersihan menjelang tahun 2030,” ujarnya.

Untuk makluman, Program Sinar Di Sebalik Tirai Besi merupakan satu lagi inisiatif baharu Kerajaan yang digerakkan bersama dua Kementerian iaitu KPKT melalui SWCorp dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Penjara Malaysia.

Sementara itu, SWCorp berkata seramai 280 orang penghuni penjara di 17 Institusi Penjara di Semenanjung Malaysia telah terpilih bagi menyertai program yang julung kalinya diadakan pada tahun 2023 bermula 1 Jun 2023 dan berakhir pada 31 Januari lalu.

“Kelainan yang ditonjolkan dalam Program Sinar Di Sebalik Tirai Besi adalah peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada penghuni penjara setelah tamat latihan. Syarikat Konsesi di bawah seliaan SWCorp telah melaksanakan ‘road tour’ temuduga di kesemua 17 buah institusi penjara yang terlibat.
“Seramai 137 orang penghuni penjara yang telah berjaya dalam temuduga tersebut bakal memulakan kerjaya di Syarikat Konsesi sebagai pekerja pembersihan di 7 buah negeri yang dikawal selia oleh SWCorp pada bulan Jun 2024 akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd