Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Komited Mantapkan Kecekapan & Integriti PBT Menerusi Kursus Pemantapan Penyata Kewangan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited dalam meneruskan kecekapan dan integriti Pihak Berkuasa Tempatan menerusi Kursus  Pemantapan Penyata Kewangan PBT anjuran Jabatan Audit Negara (JAN).

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tujuan kursus yang sertai seramai 200 orang adalah memantapkan penyediaan penyata kewangan serta meningkatkan kecekapan dan integriti PBT di seluruh negara.

Beliau berkata, kursus tersebut amat tepat dengan aspirasi Kerajaan MADANI supaya semua jabatan dan organisasi awam perlu mempunyai tatakelola yang baik, berkesan, cepat, cekap dan telus.

KPKT komited

Artikel lain: KPKT Tutup 2,093 Tapak Lokasi Sampah Haram Babit Kos Pembersihan RM1.6 Juta

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara-perkara tersebut juga merupakan aspek penilaian utama di dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang telah dilaksanakan oleh KPKT sejak tahun 2009,”ujarnya.

KPKT komited

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Malaysia kini berada di tangga ke-27 dalam ekonomi paling berdaya saing di dunia menurut Indeks Daya Saing Global pada tahun 2023.

Katanya, kedudukan Malaysia meningkat daripada tangga ke-32 pada tahun 2022 dan ia hasil daripada usaha gigih kerajaan terutama penjawat awam yang menjadi benteng kekuatan negara.

“Menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023, Malaysia kini berada di kedudukan 57 berbanding kedudukan 63 pada tahun 2021. 
“Ini bukan sahaja menunjukkan Malaysia berada di landasan yang betul untuk membina ekonomi negara, tetapi juga bukti komitmen kerajaan dalam usaha membanteras amalan rasuah,”katanya dalam kenyataan.

KPKT komited

Kursus tersebut turut dihadiri pengurusan tertinggit PBT yang terdiri daripada Datuk Bandar, barisan Yang Dipertua daripada Majlis Perbandaran dan Daerah serta para pegawai kanan dari 155 PBT seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Turut hadir bersama Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Wira M Noor Azman Taib; Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Hjh. Patimah Ramuji dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd