Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPDN Pertimbang Permohonan Tambah Kuota Dan Jenis Kenderaan Bagi Subsidi Diesel

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti asas permohonan dan rayuan berkaitan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, permohonan yang dikemukakan terus oleh beberapa pihak itu akan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

Foto: Facebook KPDN Laman Rasmi

“Antara syor yang dikemukakan adalah mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah SKDS.
“Syor lain adalah meningkatkan kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau memberitahu, Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri.

Dalam pada itu, Armizan menjelaskan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel dianggotai KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Foto sekadar hiasan

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan harga runcit bahan api diesel ditetapkan RM3.35 seliter bermula kelmarin (10 Jun) di Semenanjung manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter. Manakala, sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan ‘fleet card’ di bawah SKDS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi SKDS 1.0, sektor pengangkutan awam darat berkelayakan termasuk ambulans dan bomba kekal membeli diesel pada harga RM 1.88 seliter. Bagi SKDS 2.0, kenderaan logistik berkelayakan akan menggunakan kaedah fleet card bagi membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.

Sumber: Facebook KPDN

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd