Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPDN Kenakan Kompaun RM4.4 Juta Kepada 12 Syarikat GISBH

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)  mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta kepada GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) atas pelanggaran undang-undang berkaitan Akta Syarikat, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), dan Akta Pendaftaran Perniagaan.

Menurut laporan Kosmo!, Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan bahawa tindakan itu diambil selepas siasatan mendapati beberapa syarikat di bawah GISBH gagal mematuhi peraturan kewangan dan undang-undang perniagaan yang ditetapkan.

Daripada 17 syarikat yang berdaftar di bawah GISBH, 12 didapati melanggar undang-undang dengan tidak mengemukakan penyata kewangan yang diaudit seperti diwajibkan.

“Setakat ini, hasil siasatan mendapati terdapat 17 syarikat atau entiti perniagaan yang didaftarkan atas nama GISBH, dan dari segi rangkaian serta kaitan perniagaan, syarikat-syarikat ini mempunyai hubungan meluas dengan entiti lain,” kataya.

Beliau turut menyatakan bahawa rangkaian perniagaan GISBH kini meliputi 201 entiti yang menggunakan nama GISBH atau Ikhwan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun tiada aduan rasmi diterima daripada orang awam, KPDN mengambil tindakan berdasarkan siasatan dalaman yang mendedahkan ketidakpatuhan terhadap Akta Syarikat, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), dan Akta Pendaftaran Perniagaan.

“Walaupun tiada aduan rasmi daripada orang awam, tindakan diambil berdasarkan siasatan dalaman yang mendapati ketidakpatuhan terhadap Akta Syarikat dan peraturan-peraturan lain,” ujarnya.

Tambah Armizan, KPDN akan terus menyiasat kes ini selain memberi kerjasama penuh kepada pihak polis yang masih mengendalikan siasatan utama.

Sumber: Kosmo! (Nur Hidayah Mohd Bozid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd