Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPDN Akan Batal Lesen Jika Syarikat Pembungkus Minyak Masak Bersubsidi Seleweng

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membatalkan lesen pelantikan sebagai syarikat pembungkusan minyak masak paket bersubsidi jika terbabit dalam penyelewengan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bermula Oktober lalu, kementeriannya menjalankan audit minyak masak paket bersubsidi sehingga penghujung bulan ini sebelum mengumumkan senarai syarikat terbabit penyelewengan dan keterisan subsidi barang keperluan itu.

Pihaknya juga akan mendedahkan senarai syarikat pembungkusan semula minyak masak bersubsidi yang dikenal pasti terbabit.

“Kita buat audit sebab walaupun 60 juta paket minyak masak bersubsidi dengan kuota 60,000 tan dijual di pasaran, masih ada isu bekalan tak cukup. Ada beberapa syarikat, termasuk di Sabah, kita akan umumkan kemudian.
“Kita akan batalkan pelantikan sebagai syarikat pembungkusan semula minyak masak paket,” katanya.

KPDN lesen

Foto BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tinjauan mesra Program Jualan Rahmah MADANI di Padang Kawad Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, di sini hari ini.

Armizan berkata, kementerian juga ingin melakukan penambahbaikan dari segi pengedaran agar minyak masak paket bersubsidi sampai kepada golongan sasar.

“Kita lihat pengedarannya, sebelum ini syarikat pembungkusan semula yang tentukan di mana mereka hantar bekalan, tapi antara penambahbaikan dicadang adalah KPDN dengan kerjasama pelbagai pihak akan tentukan (lokasi bekalan dihantar).
“Kalau pun tak sampai ke tahap peruncit, sekurang-kurangnya (sampai) ke daerah di mana syarikat pembungkusan semula perlu hantar bekalan,”katanya lagi.

KPDN lesen

Artikel lain: KPDN Pantau Aktiviti Scam Jual Beli Minyak Masak Di Media Sosial

Tambah beliau, KPDN juga akan melihat semula kuota syarikat pembungkusan semula minyak masak yang dilantik sebagai langkah tambah baik proses pengedaran minyak masak paket bersubsidi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, ia masih tetap tertakluk kepada kuota sedia ada yang membabitkan peratusan tertentu syarikat pembungkusan semula dilantik mengikut wilayah.

Beliau memberi contoh di Sabah, daripada keseluruhan syarikat yang dilantik, 90 peratus untuk pengedaran bagi kawasan pantai timur dan baki 10 peratus bagi kawasan pantai barat, manakala tiada syarikat dilantik bagi bahagian utara.

“Terdapat keperluan menambah syarikat pembungkusan semula di pantai barat dan melantik syarikat bagi utara Sabah untuk memastikan bekalan minyak masak paket bersubsidi di dua kawasan terbabit mencukupi.
“Di utara Sabah, ada ramai golongan berpendapatan rendah, tapi tiada langsung syarikat pembungkusan semula minyak masak di sana. Apa yang mengecewakan, walaupun banyak syarikat di pantai timur, kita masih dengar isu kekurangan bekalan, itu yang pelik.
“Jadi secara logiknya, kita fikir kemungkinan berlaku penyeludupan di sempadan kerana timur Sabah berisiko disebabkan dekat dengan sempadan dan juga ada penyelewengan berlaku,” ujar Armizan.

Foto MalaysiaGazette

Jelasnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketirisan subsidi bagi barang keperluan itu, antaranya disebabkan aspek penyimpanan minyak masak yang tidak dibezakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dari segi tangki tidak ada perbezaan. Tangki sama guna bagi proses membotol atau membungkus minyak masak bersubsidi dan minyak masak jualan biasa. Ada juga jual minyak masak bersubsidi kepada industri, bukan dipaket dan dijual kepada peruncit untuk pengguna.
“Malah ada juga ketirisan sehingga minyak masak paket kita dijual di negara jiran,”kata beliau.

KPDN juga akan menambah baik Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) bagi memantau pengedaran minyak masak paket bersubsidi dengan lebih teliti.

Sumber: BH Online

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd