Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KP Kelantan Sahkan Tiada Terima Laporan Kecurian Kabel ECRL

KP Kelantan tidak terima laporan kecurian

Polis Kelantan memaklumkan tidak menerima sebarang laporan berikutan kes kecurian kabel membabitkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

KP Kelantan tidak terima laporan kecurian

KP Kelantan tidak terima laporan kecurian

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang aduan atau mana-mana maklumat berkaitan kes kecurian di tapak projek.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kes kecurian ini diminta untuk tampil ke balai bagi membuat laporan polis bagi siasatan lanjut.

“Jika ada laporan, kita akan membuat siasatan dengan segera dan terperinci. Setakat ini, belum ada lagi,” kata Yusoff di Kota Bharu hari ini.

Terdahulu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) meluahkan rasa bimbang apabila mengetahui berlakunya kes kecurian kabel sekali gus menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek ECRL, yang dijadualkan siap pada Disember 2026.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak memberitahu, kes kecurian itu berlaku di beberapa lokasi tertentu sepanjang jajaran ECRL, merentas Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.
KP Kelantan tidak terima laporan kecurian

Foto: NaratifRakyat

Artikel lain: Kecurian Kabel Bukan Jenayah Biasa, Perlu Tindakan Tegas – Loke

Sehubungan itu, perkara ini telah mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menegaskan tindakan undang-undang perlu diambil bagi kesalahan mencuri kabel kerana ia merupakan tindakan jenayah dan boleh mengancam keselamatan awam.

Loke juga turut menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas berhubung masalah tersebut.

Untuk rekod, projek ECRL sepanjang 665 kilometer merupakan projek infrastruktur terbesar di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China di Malaysia yang dijangka meningkatkan jaringan pengangkutan dan merangsang pembangunan ekonomi di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Sumber: Berita Harian (Hidayatidayu Razali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd