Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Konten Suami Isteri Gaduh Di Pasar Raya Memalukan! Netizen Nasihat Jangan Cemar Hari Arafah

Suami isteri gaduh di pasar raya hanya konten

Baru-baru ini tular sebuah perkongsian memaparkan sepasang suami isteri bertikam lidah di sebuah pasar raya telah menerima kecaman apabila mengetahui ia dilakukan atasa dasar konten sempena menyambut Aidiladha.

Suami isteri gaduh di pasar raya hanya konten

Suami isteri gaduh di pasar raya hanya konten

Menerusi hantaran di Facebook, pempengaruh media sosial Cikgu Fadli memberikan sedikit pandangan berhubung rakaman video seorang suami mencampakkan barang dan troli di salah sebuah cawangan pasar raya Rosyam Mart.

Beliau berkata, konten sebegitu tidak seharusnya dilakukan kerana mengajak orang awam untuk mengecam melakukan dosa ketika mereka sedang khusyuk berdoa meminta keberkatan pada hari Arafah yang mulia ini.

“Elakkan buat ‘content’ negatif yang membawa pada kecaman terhadap lelaki, wanita, kaum, agama dan seumpamanya,” tulisnya pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki itu juga menitipkan pesanan buat kaum wanita untuk berusaha mencari sumber pendapatan sendiri dan berdoa agar mereka diberikan suami yang bertanggungjawab dalam menjaga rumah tangga yang telah dibina.

Suami isteri gaduh di pasar raya hanya konten

“Wanita sebaiknya kena ada kemampuan kewangan sendiri. Ada pendapatan sendiri. Jadi tak perlu bergantung 100% pada duit suami untuk beli apa-apa.
“Cuma tak semua wanita bekerja. Ramai juga menjadi surirumah sepenuh masa. Maka bergantung sepenuhnya pada nafkah dan kemampuan kewangan suami.
“Moga para surirumah dikurnia suami yang bertanggungjawab dan tidak berkira dalam perbelanjaan isi rumah. Semestinya bergantung kepada kemampuan kewangan juga,” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa kurang senang kerana konten tersebut dianggap kurang bijak serta boleh menjatuhkan maruah diri, agama, dan bangsa.

Malah ada juga netizen yang menyelar tindakan itu umpama tidak menghormati umat Islam  yang sedang mengejar amalan kebaikan pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah apabila mengundang orang ramai untuk mengecam sekali gus mendatangkan dosa.

Konten mengarut

Memalukan Islam

Suami isteri gaduh di pasar raya hanya konten

Tak hormat makanan

Artikel lain: Bertengkar Dengan Isteri Dalam Pasar Raya, Suami Campak Barang Terbalikkan Troli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan seorang suami bertengkar sambil mencampakkan barang dan troli semasa membeli belah bersama isterinya di sebuah pasar raya yang didakwa berpunca akibat ketidaksefahaman dalam membuat persiapan menyambut Aidiladha.

Sumber: Facebook  Mohd Fadhli Saleh

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd