Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKM Sasar Miliki 148 Pakar Patologi Forensik Menjelang 2030

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan untuk melahirkan seramai 148 pakar patologi forensik menjelang tahun 2030, berbanding hanya 56 pakar yang sedang berkhidmat di 27 hospital seluruh negara ketika ini.

KKM ada empat strategi utama untuk menambah Pakar Patologi Forensik

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagi mencapai sasaran itu, kementerian telah merangka dan melaksanakan empat strategi utama.

pakar patologi

Foto: BH

Antara strategi tersebut ialah kerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menambah jumlah slot pengajian kepakaran Program Sarjana Perubatan daripada 1,100 kepada 1,600 slot setahun, merangkumi 23 bidang kepakaran mulai sesi akademik 2023/2024.

“Bagi bidang patologi forensik khususnya, tiga universiti awam menawarkan kira-kira 10 slot pengajian setiap tahun. Sehingga 30 Jun lalu, seramai 44 pegawai perubatan sedang mengikuti pengajian dalam bidang ini,” katanya.

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mengenai pelan tindakan menangani kekurangan pakar patologi dan antropologi, Dr Dzulkefly turut menjelaskan strategi lain yang dilaksanakan.

Artikel lain: KKM Perjelas Komitmen Tangani Isu Jururawat, Penempatan Doktor Dan Kebajikan Petugas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Strategi ketiga merangkumi penawaran sehingga 600 slot tahunan bagi Program Latihan Kepakaran Laluan Parallel yang melibatkan 14 bidang kepakaran. Bagi pakar patologi forensik, sebanyak lima slot diperuntukkan setiap tahun.

“Ketika ini, seramai empat pelatih sedang mengikuti program Laluan Parallel ini dengan kelayakan Diploma of Jurisprudence dari United Kingdom,” ujarnya.

Sebagai tambahan, KKM turut memperkukuh latihan kepakaran Laluan Parallel melalui pengenalan kelayakan baharu iaitu Fellowship of the Royal College of Pathologists of Australasia (FRCPA) yang mula ditawarkan sejak tahun 2024.

pakar patologi

Foto: Harian Metro

Strategi keempat pula melibatkan penyediaan tujuh bidang latihan khusus (‘area of interest’) kepada pakar perubatan forensik bagi memperluas kepakaran mereka. Salah satu bidang tersebut adalah antropologi forensik.

Langkah komprehensif ini dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan untuk memastikan negara mempunyai bilangan pakar forensik yang mencukupi dan berkemampuan tinggi bagi memenuhi keperluan sistem kesihatan serta keadilan negara.

Sumber: Berita Harian Online (Suzalina Halid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd