Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kisah Cinta Beza Usia 55 Tahun Berakhir, Nenek Rohaya Meninggal Dunia

Perkahwinan antara Nenek Rohaya, 77, dan Selamat, 22, berakhir selepas wanita itu meninggal dunia akibat sakit tua di Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan, Indonesia pada Rabu.

Menurut laporan Tribun Trends, pasangan ini pernah mencuri tumpuan dunia pada tahun 2017 disebabkan perbezaan umur yang sangat jauh berbeza antara kedua-duanya.

Selamat dilaporkan mendirikan rumah tangga dengan isterinya ketika dia berusia 16 tahun, manakala Nenek Rohaya ketika itu berusia 71 tahun.

Walau bagaimanapun, mereka hanya menjalani alam perkahwinan selama enam tahun dan dipisahkan oleh ajal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum meninggal dunia, Selamat telah membuat satu permintaan kepada Nenek Rohaya, namun permintaan itu telah ditolaknya.

Selamat telah meminta kebenaran daripada Nenek Rohaya untuk mengambil anak angkat kerana ingin menambah ahli di dalam keluarga kecilnya.

Namun begitu, Nenek Rohaya menolak permintaan itu atas beberapa sebab yang mana dia menyatakan badannya kini sudah tidak sihat.

Difahamkan, permintaan tersebut ditolak bukanlah kerana enggan, sebaliknya memikirkan keadaan diri dan ekonomi keluarga mereka, lebih-lebih lagi Selamat bekerja sebagai tukang kebun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, pendapatan yang dimiliki juga tidak mampu untuk menampung mereka berdua, apatah lagi jika mahu mengambil anak angkat.

Sumber: Tribun Trends

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd