Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Khabib Nurmagomedov Dakwa Dipujuk Pemimpin UFC Untuk Kembali Ke Octagon

bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dakwa dipujuk pemimpin UFC untuk kembali ke octagon apabila individu terbabit menghubungi pengurusnya menyatakan hasrat tersebut.

Pemimpin UFC didakwa hubungi pengurus Khabib

Memetik laporan dari The Sun, Khabib mengatakan  pengurusnya, Ali Abdelaziz telah dihubungi oleh pemimpin UFC untuk memujuknya bertarung lagi pada musim bunga akan datang.

Khabib Nurmagomedov dakwa dipujuk untuk bertarung di UFC 300

Hal ini susulan para peminat MMA di seluruh dunia percaya bahawa promosi baru-baru ini akan mengembalikan semula lagenda sukan terbabit ke pertarungan bersejarah UFC 300 pada bulan hadapan.

Artikel lain: Minta Latihan Bertinju, Khabib Tolak Permintaan Elon Musk Mentah-Mentah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Khabib Nurmagomedov dakwa dipujuk, tapi tetap dengan pendirian

Dalam pada itu, Bekas juara Brock Lesnar, Ronda Rousey dan Georges St-Pierre turut diura-urakan akan kembali dari persaraannya untuk sama-sama terlibat dalam pertarungan besar dengan tiket berbayar.

Walau bagaimanapun, peninju Rusia itu seakan keberatan untuk kembali bertarung apabila menyatakan yang dirinya sedia maklum tentang pemimpin UFC yang menghubungi penguruskan kepada  MMA Junkie.

“Saya tahu mereka menghubungi Ali.
“Tetapi saya beritahu Ali, kali terakhir mungkin setahun lalu, saya kata, ‘Tidak kira siapa yang menelefon anda, tetapi jangan sesekali memanggil saya mengenai pertarungan.”
“Kami mempunyai persetujuan bersama: Secara langsung dengan saya, tiada siapa menghubungi. Tetapi saya tahu Ali berhubung dengan sesetengah pemimpin UFC.” ujarnya.

Terdahulu, Bekas juara lightweight itu mengumumkan dirinya bersara daripada sukan itu pada Oktober 2020 selepas mengalahkan Justin Gaethje pada pusingan kedua pertarungan UFC 254.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia berjanji  dengan ibunya untuk tidak lagi bertarung selepas ketiadaan bapa di sisinya.

Sumber: The Sun, YouTube MMA Junkie

+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Lokal

Wanita yang menyimbah air pada pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd