Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ketagih Porno Sejak Bangku Sekolah, Frans Nickolas Akui Rumah Tangga Terjejas

Aktor Indonesia, Frans Nickolas akui dia sebenarnya mengalami masalah ketagihan menonton filem atau video pornografi sejak di bangku sekolah. Lebih mengejutkan tabiat itu berlarutan sehinggalah dia berkahwin.

“Lama sangat, dari bangku sekolah sampai kahwin masih tonton. Tetapi pada waktu-waktu tertentu,”katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan KapanLagi.com, pelakon filem Bidadari-Bidadari Syurga itu memberitahu keinginannya bermula dengan rasa ingin tahun sehingga merebak menjadi satu ketagihan melampau.

Malangnya, tabiat buruknya itu berjaya dihidu dan dikesan oleh isteri sehingga berlakunya pergaduhan besar antara mereka suami isteri.

“Sudah tentu isteri kecewa, bayangkan orang yang anda cintai lebih memilih untuk berfantasi. Apa yang saya lakukan itu sama sahaja seperti curang yang bermula dari fikiran,”katanya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Frans Nickolas (@frans.nickolas)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sedar akan kesilapannya,  Frans mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat kaunseling bagi mengatasi masalah ketagihan berkenaan.

“Apa yang saya buat itu tidak sihat, tidak baik dan mempengaruhi alam perkahwinan. Selepas itu saya mula berubah dan perbaiki diri,” ujarnya.

Katanya lagi, antara ubat untuk menghilangkan ketagihan tersebut adalah mendekatkan diri kepada Tuhan selain mendapatkan bantuan dan sokongan orang di sekeliling.

Sumber: KapanLagi.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd