Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Tiga Sekeluarga Maut: Suspek Sudah Ditahan, Direman Hari Ini

Seorang lelaki dipercayai dalang kes bunuh dan bakar rumah hingga meragut nyawa tiga ahli keluarganya di Pagoh pada Jumaat lalu sudah ditahan dan akan direman hari ini.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan penangkapan suspek lelaki yang berusia 48 tahun itu.

Foto: The Star

“Suspek, Azman Mohamed Nor akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar untuk direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
“Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Jumaat lalu,” katanya dalam laporan.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut dilaporkan mangsa yang terkorban adalah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya, Ara Abd Hamid, 76, dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11 dalam kejadian jam 1.30 pagi itu.

Sebelum ini, Raiz Mukhliz dilaporkan berkata, kes tersebut pada awalnya disiasat sebagai mati mengejut, namun kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 436 serta Seksyen 326 kanun sama,” ujarnya.

Foto: Berita Harian

Ia berikutan selepas laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa mendapati terdapat unsur jenayah terhadap mereka yang menyebabkan kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Allahyarham Noradriana telah dikebumikan pada Sabtu lalu, manakala dua lagi jenazah masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Politik

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menitipkan doa dan ucapan terbaik buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd