Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Direman, Suspek Pertama Dibebas

Suspek kedua yang ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asid ke arah pemain bola sepak negara, Faisal Halim akan direman di Mahkamah Petaling Jaya selama lima hari bermula hari ini hingga 11 Mei depan.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan laporan tersebut sekali gus memaklumkan siasatan kes akan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Foto: Berita Harian

“Suspek direman lima hari hingga 11 Mei, dan siasatan diambil alih oleh USJT,” katanya.

Terdahulu, beliau memberitahu penahanan suspek kedua dalam kes simbah asid tersebut merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang ditahan di Bandar Baru Bangi, Selangor lewat petang semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Hussein juga turut memaklumkan suspek pertama berusia 20-an yang ditahan di Pandan Indah, Ampang pada 6 Mei akan dibebaskan hari ini selepas direman dua hari kerana didapati tiada kaitan dengan kejadian yang berlaku.

“Siasatan polis mendapati suspek sebenar kes itu yang menaiki motosikal semasa kejadian pada Ahad lalu telah menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Nombor pendaftaran motosikal yang digunakan oleh suspek sebenar sama dengan nombor pendaftaran nombor pendaftaran motosikal milik lelaki (suspek pertama) yang ditahan kelmarin,” ujar beliau.

Foto: football-tribe.com

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa suspek pertama tersebut akan ditahan semula kerana didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan ke atasnya.

Untuk makluman, penahanan suspek pertama berusia 20-an itu dibuat berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan dilaporkan sama dengan nombor mosikal suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd