Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kes P Diddy Mula Dibicara Bulan Mei Tahun Depan

Rapper terkenal Hollywood, P Diddy dilaporkan mendapat kebenaran khas di mahkamah apabila tarikh perbicaraannya ditetapkan.

Menurut laporan The New York Time, rapper berusia 54 tahun itu muncul di mahkamah persekutuan Manhattan, semalam di hadapan Hakim Arun Subramanian.

Dikatakan bahawa perbicaraan berkaitan pemerdagangan seks kesnya akan bermula pada 5 Mei tahun depan.

Foto: Daily Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memakai sut penjara berwarna beige, pemuzik itu dilaporkan memeluk peguam dan melambai ahli keluarganya yang hadir.

Ibunya, Janice Smalls Combs, serta anak-anaknya ada di sana untuk menyaksikan P Diddy, nama sebenarnya adalah Sean Combs.

Peguam P Diddy, Marc Agnifilo, mengatakan bahawa pemuzik itu dapat berkomunikasi dengan keluarganya “sekejap”. Biasanya, defendan perlu meninggalkan bilik mahkamah dengan cepat.

Foto: Daily Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agnifilo juga dilaporkan membuka cerita tentang bagaimana pemyanyi lagu “I’ll Be Missing You” itu menjalani kehidupannya di penjara.

“Saya rasa makanan mungkin merupakan bahagian yang paling sukar,” katanya.

Sementara itu, peguam P Diddy yang lain, Anthony Ricco, membandingkan situasi itu dengan figura politik, Martin Luther King, mengatakan bahawa bintang itu sedang memanfaatkan keadaan sebaik mungkin.

“Dr. King menyebutnya sebagai undang-undang akibat yang tidak diingini. Kadang-kadang, semakin anda menekan seseorang, semakin kuat mereka menjadi.” ujarnya.

Foto: Stable Diffusion Online 

Sean ‘P Diddy’, ketika ini sedang menjadi bualan ramai ekoran terpalit dengan skandal seks, penyalahgunaan pengaruh dan kuasa, serta keganasan yang membawa kepada penangkapan superstar hollywood ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

P Diddy diberkas di sebuah hotel di New York atas tuduhan pemerdagangan seks dan pengubahan wang haram.

Pendakwa raya Emily Johnson berkata, masih terdapat lebih banyak bukti untuk diterokai, dengan menyatakan bahawa 96 peranti elektronik, dirampas pada Mac dan ada kemungkinan lebih banyak pertuduhan.

Serangkaian tindakan undang-undang sivil yang serupa sejak itu menggambarkan P Diddy sebagai seorang lelaki ganas yang menggunakan status selebriti untuk menjadikan wanita bahkan ada lelaki dan kanak-kanak bawah umur sebagai mangsa.

Skandal tersebut menjadi tumpuan ramai apabila ia turut mengaitkan ramai selebriti terkenal lain yang ada di antara mereka turut menjadi mangsa kerasukan nafsu P Diddy.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The New York Times

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd