Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Mayat Wanita Dalam Beg: Suspek Direman Tujuh Hari

Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di Melaka pada petang semalam, kurang 12 jam selepas penemuan mayat wanita  dalam beg yang ditanam di sebuah rumah berhampiran Kampung Batu 4, Pedas.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Idzam Jaafar, suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan polis percaya terdapat beberapa individu lain yang turut terlibat dalam kes mayat wanita dalam beg berkenaan.

wanita dalam beg

“Susulan penemuan mayat di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni dekat Pedas, pihak kami segera menggerakkan pasukan untuk mengesan suspek. Hasil risikan dan siasatan, suspek berjaya dikesan di Melaka sebelum ditahan,” katanya.

Artikel lain: Mayat Dalam Beg Dipercayai Wanita Hilang Isnin Lalu, Ditanam Belakang Rumah Kosong

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin pagi ini untuk permohonan reman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majistret membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 25 Disember bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

wanita dalam beg

Foto: FB Mac Ruhayu

Idzam berkata, bedah siasat mangsa sedang dijalankan sejak pagi tadi di Bahagian Perubatan Forensik Hospital Rembau bagi menngenal pasti indentiti dan punca kematian.

“Buat masa ini, pihak polis menunggu laporan bedah siasat serta pengecaman daripada ahli keluarga sebelum meneliti kaitan suspek dengan mangsa. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan mayat seorang wanita yang ditemui dipercayai berkaitan dengan kes orang hilang yang dilaporkan di Ampang, Selangor.

wanita dalam beg

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Suri Narudin, 53, pada 8 Disember lalu daripada ibu saudaranya.

Terdahulu, seorang penyanyi Mac Ruhayu memohon bantuan orang ramai untuk mengesan rakannya yang hilang turut tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Syamilah Zulkifli)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd