Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Isteri Maut Di KESAS: Lelaki Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Seorang lelaki tempatan yang ditahan berhubung kes kematian isterinya di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar pada 6 Mei lalu, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, lelaki berusia 50 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya tamat pada Isnin.

Foto: Media sosial

“Kita telah merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihak pendakwaan telah memberi beberapa arahan untuk dilengkapkan.
“Kertas siasatan akan diserah semula dalam kadar segera,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Derma Darah sempena Hari Polis ke-218 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Rabu.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran mulut antara suami isteri tersebut berhubung penggunaan sebuah van.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini memaklumkan, mangsa dipercayai terjatuh dari kenderaan yang dinaiki bersama suspek sebelum lelaki itu pulang ke rumah tanpa melaporkan kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, suspek bekerja sebagai penghantar barang alat penghawa dingin dan mempunyai satu rekod jenayah serta dua rekod lampau berkaitan dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

Lelaki itu ditahan di Taman Kinrara, Puchong, Selangor pada 7 Mei lalu dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif tiga jenis dadah serta suspek turut mendakwa isterinya juga terlibat sama.

Untuk rekod, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Buat masa ini, kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd