Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Gangguan Seksual Ebit Lew: Polis Rampas Telefon Bimbit Firdaus Wong

Perbicaraan kes melibatkan aktivis kemasyarakatan, Ebit Lew berkenaan gangguan seksual yang didakwa dilakukan olehnya telah berlangsung di Mahkamah Majistret Tenom pagi tadi.

Polis rampas telefon di Bukit Aman

Menerusi laporan dari Sinar Harian, saksi keenam, kes tersebut iaitu pegawai polis dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman telah memberikan keterangan berhubung rampasan telefon bimbit milik saksi ketiga, iaitu Firdaus Wong.

Superintendan Hirdawati Isa memaklumkan kepada mahkamah bahawa rampasan itu dibuat pada 28 September 2021 selepas menerima arahan daripada pegawai penyiasat berkaitan laporan kes Tenom.

“Pada kira-kira jam 2 petang, saya telah diminta oleh pegawai penyiasat Superintendan Noor Asyikin Shamsuri untuk menjalankan rampasan telefon bimbit seorang saksi bernama Firdaus Wong Wai Hung yang akan datang ke pejabat D11 dan saya memperkenalkan diri saya sebagai pegawai polis.
“Saya telah meminta Firdaus menyerahkan kad pengenalan beliau dan saya seterusnya telah mengarahkan Firdaus menyerahkan telefon bimbitnya kepada saya.
“Setelah Firdaus menyerahkan telefon bimbit kepada saya, saya telah keluarkan borang pemeriksaan kepada beliau,” katanya.

Ujar Hirdawati lagi, telefon bimbit yang dirampas daripada Firdaus Wong ialah jenis iPhone XS Max berwarna putih dan satu kad sim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi perbicaraan lepas, Firdaus Wong menjadi saksi ketiga pihak pendakwaan bagi perbicaraan kes membabitkan Ebit Lew tu.

Untuk rekod, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37 telah dihadapkan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd