Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Dipukul 7 Lelaki: Bella Jadi ‘Umpan’, Mangsa Diugut Rm3,000

Seorang lelaki yang teruja hendak menemani seorang wanita baru dikenalinya di media sosial akhirnya menjadi mangsa serangan fizikal dan ugutan oleh tujuh individu di lokasi yang dijanjikan.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, siasatan awal menunjukkan kumpulan terbabit sengaja memukul lelaki tersebut untuk tujuan pemerasan wang serta mereka bukan sahaja bertindak ganas, malah merampas wang tunai serta motosikal milik mangsa.

Foto: Kosmo

“Sehingga kini siasatan terperinci masih dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan wanita yang dikenali sebagai Bella dijadikan sebagai umpan untuk memancing mangsa terutamanya kenalan-kenalan dalam media sosial.
“Apa pun motif kejadian dipercayai untuk mengambil kesempatan bagi mengugut mangsa seterusnya mendapatkan wang,” katanya.

Difahamkan, mangsa dijemput oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Bella, yang kononnya tidak sihat dan meminta ditemani untuk tidur di rumah sewanya, akan tetapi sebaik lelaki itu melangkah masuk ke rumah berkenaan, dia diserang secara beramai-ramai.

Mangsa ditumbuk, ditendang, malah dipukul menggunakan senjata sebelum dipaksa menyerahkan wang sebanyak RM3,000.

Foto: Sinar Harian

Disebabkan tidak mampu melawan, mangsa hanya sempat menyerahkan RM600 dan motosikal jenis Yamaha Y16ZR miliknya dan akibat kejadian itu, lelaki yang berasal dari Kluang tersebut mengalami kecederaan serius termasuk luka di bibir yang memerlukan tiga jahitan, enam jahitan di telinga kiri, serta lebam di beberapa bahagian badan.

Kes ini menjadi satu peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam mempercayai individu yang baru dikenali, khususnya menerusi platform media sosial yang kian menjadi medan ‘perangkap’ oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Shahrizal Ahmad Zaini)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd