Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerjasama KPWKM, i-City Manfaat RM8.4 Juta Pupuk Semangat Kekeluargaan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui kerjasama awam-swasta program ESG i-City, menawarkan diskaun harga rendah pakej aktiviti keluarga semasa cuti sekolah sebagai usaha memupuk semangat kekeluargaan dalam masyarakat.

Difahamkan, tawaran diskaun harga rendah pakej aktiviti keluarga yang mencecah sehingga RM8.4 juta akan memberi manfaat 100,000 keluarga MADANI di negara ini.

Inisiatif ini memberi peluang untuk orang ramai memupuk ikatan keluargaan yang lebih erat dengan menyertai aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang ditawarkan di i-City termasuk di Immersive Winterland pada kadar subsidi bermula dari RM120 antara 1 Disember tahun ini hingga 31 Mac tahun depan.

Terdahulu, YB Nancy dalam ucapannya menyatakan bahawa proses mendidik anak-anak dalam era perkembangan teknologi yang pesat ini adalah sangat mencabar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, ibu bapa harus lebih peka dan cakna dengan memastikan pendekatan mendidik anak seiring dengan perkembangan zamannya.

“Inisiatif i-City melancarkan Immersive Winterland adalah seiring dengan trend semasa yang memanfaatkan teknologi dalam permainan dan pendidikan kanak-kanak yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga bagi merapatkan hubungan kekeluargaan.
“KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sentiasa melaksanakan program-program untuk memperkukuhkan lagi institusi keluarga antaranya Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keperluan pengawalan dan pemantauan pendedahan internet kepada anak-anak,” ujarnya.

Orang ramai boleh dapatkan tiket  dengan tawaran diskaun harga rendah ini di https://iticket.i-city.my.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd