Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Yakin Bantuan RM200 Cukup Tampung Peningkatan Harga Diesel – Menteri Kewangan II

Kerajaan memaklumkan bahawa bantuan tunai RM200 yang diberikan kepada pemilik kenderaan diesel secara bulanan dipercayai mencukupi bagi menampung peningkatan perbelanjaan diesel mereka.

Menerusi satu laporan Malaysiakini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah tersebut ditetapkan berdasarkan hasil data Jabatan Perangkaan dan mengambil kira faktor harga diesel yang akan diapungkan di kawasan Semenanjung Malaysia bermula tengah malam tadi.

Foto: Malaysiakini

“Kalau tengok RM200 (yang diperuntukkan) untuk setiap individu, (jumlah itu berdasarkan) data Jabatan Perangkaan.
“Berdasarkan data yang kita ada, kita nampak RM200 dapat tampung (kegunaan bulanan) 80 peratus pemilik (kenderaan diesel), lebih kurang,” katanya pada Ahad.

Amir Hamzah berkata, kerajaan turut bersedia untuk menerima permohonan tambahan daripada penerima bantuan sekiranya jumlah tersebut tidak dapat menampung perbezaan penggunaan diesel bulanan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Harap-harap (RM200) cukuplah kerana diesel ini mileage lebih (tinggi) sedikit (berbanding petrol).
“Tapi kalau ada apa-apa isu, orang nak buat rayuan, boleh buat rayuan,” ujar beliau.

Beliau turut memaklumkan inisiatif tersebut dikenali sebagai BUDI MADANI, merupakan bantuan kepada pemilik kenderaan peribadi yang digunakan dalam perniagaan kecil dan sederhana, akan mula diagihkan kepada kira-kira 30,000 pemilik kenderaan diesel yang layak.

Foto: Kosmo! Online

“(Secara asasnya), 80 peratus pengguna tidak akan terjejas (dengan peningkatan Harga),” jelasnya.

Sebelum ini, bekas ahli korporat itu mengumumkan bahawa kerajaan akan mengapungkan harga diesel sebagai langkah untuk mengurangkan kebocoran subsidi yang berpunca daripada kegiatan penyeludupan diesel bermula pada 12.01 tengah malam 10 Jun di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk makluman, harga diesel berdasarkan harga pasaran tanpa subsidi akan diapungkan pada kadar RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini (Hariz Mohd)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Seorang wanita meluahkan rasa lega selepas lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd