Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Beri Peluang Kedua! Kerajaan Sasar 200,000 Individu Bebas Bankrup Akhir Tahun Ini

Kerajaan menyasarkan sebanyak 200,000 individu dapat dibebaskan daripada belenggu kebankrapan menjelang akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata setakat ini, kira-kira 186,000 individu telah dilepaskan daripada masalah tersebut.

Beliau berkata jumlah berkenaan diperoleh menerusi rekod Jabatan Insolvensi Malaysia hasil pelaksanaan pelbagai usaha kerajaan dalam memberi peluang kedua kepada golongan terjejas untuk meneruskan kehidupan.

Kerajaan sasar 200,000 individu bebas bankrup

Kerajaan sasar 200,000 individu bebas bankrup

“Kami berharap menjelang akhir tahun ini, jumlah keseluruhan individu berjaya dilepaskan daripada status kebankrapan dapat mencapai angka 200,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Program Perdana Literasi Kewangan Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 2025-Jabatan Insolvensi Malaysia 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Shabuddin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 berkata Dasar Peluang Kedua akan diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun dan ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 bermula tahun lepas.

Artikel lain: Kurangkan Kebergantungan Pekerja Asing, Jabatan Penjara Sasar 10,000 Banduan Masuk Industri Kritikal

Kerajaan sasar 200,000 individu bebas bankrup

Azalina berkata sebanyak 25,578 kes kebankrapan direkodkan pada 2021 hingga Mei 2025 membabitkan individu berumur bawah 25 tahun hingga 55 tahun dan ke atas, dan daripada jumlah berkendan sebanyak 10,145 kes kebankrapan membabitkan golongan umur 35 hingga 44 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata berdasarkan jantina, lelaki direkodkan mengalami kebankrapan lebih tinggi berbanding wanita iaitu sebanyak 18,590 orang bagi tempoh sama.

Sementara itu, Azalina berkata program hari ini adalah satu daripada langkah proaktif Kerajaan MADANI dalam membawa undang-undang dan ilmu berkaitan pengurusan serta literasi kewangan kepada rakyat khususnya pelajar institusi pengajian yang bakal memasuki alam pekerjaan.

Kira-kira 1,000 mahasiswa IPTA dan IPTS terlibat dalam program yang berlangsung sehari itu.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd