Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Perhalusi Cadangan, Atasi HIV/AIDS & Keciciran Pendidikan Golongan Belia

Kes HIV/AIDS dalam kalangan belia di negara ini dilaporkan membimbangkan terutama 74 peratus kes membabitkan golongan tersebut berumur antara 20 hingga 29 tahun.

Malah, isu mengenai keciciran pendidikan juga menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat jika tiada sebarang tindakan atau langkah diperkenalkan bagi membendung masalah ini.

Oleh itu, kerajaan kini sedang memperhalusi cadangan dalam memperkasakan golongan belia bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan belia kini.

Belia paling ramai hidap HIV/AIDS

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan memperhalusi cadangan bagi memperkasakan golongan belia dengan pengetahuan yang tepat, langkah pencegahan dan isu berkaitan mengenai HIV/AIDS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, langkah itu diambil setelah mengambil kira situasi semasa kes HIV/AIDS di Malaysia ketika ini yang menunjukkan peratusan laporan kes tertinggi membabitkan golongan belia.

“Maka terdapat keperluan untuk memperluas dan memperhebat program pencegahan, kawalan dan rawatan berkaitan HIV/AIDS memandangkan taburan kes HIV/AIDS mengikut umur menunjukkan 74 peratus kes yang dilaporkan membabitkan golongan muda berumur antara 20 hingga 29 tahun,”katanya dalam kenyataan.

hiv/aids belia

Artikel lain: Cukai 10% Pembelian Online Bawah RM500 Hanya Untuk Produk Import

Kerajaan perhalusi cadangan, bendung & atasi masalah

Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil 1/2024 hari ini berkata, kerajaan telah memperhalusi cadangan penambahbaikan seperti memperkasakan masyarakat terutama golongan belia mengenai pengetahuan berkaitan virus tersebut.

Katanya, antara cadangan lain yang dikemukakan dalam mesyuarat berkenaan adalah mewujudkan rumah perlindungan bagi mengendalikan jagaan susul bagi Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, terutama mereka tersisih daripada keluarga dan tiada sokongan serta meningkatkan keterjaminan pekerjaan dan pendidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kerajaan memperhalusi cadangan untuk melaksanakan pemantauan berterusan dan sekatan ke atas laman web yang menyebarkan bahan lucah atau aplikasi rangkaian sosial yang menjurus kepada aktiviti sosial berisiko tinggi HIV.

“Inisiatif saringan HIV kendiri yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada kumpulan berisiko dalam suasana selesa.
“Selain itu, silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) ditambah baik dan diwajibkan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Modul PEKERTI turut dilaksanakan di Insititusi Pendidikan Tinggi (IPT),”ujar Ahmad Zahid.

hiv/aids belia

Bincang strategi atasi isu keciciran murid sekolah

Pada masa sama, mesyuarat turut membincangkan mengenai strategi penyelesaian bagi isu keciciran murid sekolah menengah dengan menggariskan beberapa cadangan penambahbaikan.

Ia termasuk menyebarluaskan maklumat pendidikan mengenai ilmu dan pendidikan, sekurang-kurangnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi seseorang.

Katanya lagi, sebaran maklumat boleh dibuat kepada golongan sasar melalui media cetak, media elektronik dan media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, membuat pemantauan berkala terhadap majikan yang mengambil pekerja yang masih bersekolah untuk memenuhi syarat dan waktu bekerja yang ditetapkan.

Ujarnya, mereka yang keciciran dalam pelajaran berkemungkinan terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga, mengalami masalah keluarga atau hidup dalam kemiskinan.

“Sokongan psikososial turut diberi kepada kanak-kanak yang terlibat dengan situasi perceraian ibu bapa agar mereka meneruskan persekolahan dengan baik,”ujarnya lagi.

HIV/ AIDS belia

Kerajaan turut mengambil maklum mengenai penambahbaikan dasar bagi memastikan layanan adil kepada pengguna yang terdedah dapat diterapkan.

“Ia termasuk menerapkan amalan baik yang boleh dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan kewangan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dari segi umum, mesin juruwang automatik (ATM), perbankan dalam talian dan cawangan atau premis,”katanya.

Ahmad Zahid juga menggariskan dua objektif utama iaitu menggalakkan penyedia perkhidmatan kewangan untuk mempertimbangkan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kepentingan serta keperluan pengguna yang terdedah dalam menjalankan perniagaan dan operasi.

Selain itu, ia bertujuan menetapkan keperluan yang perlu dipatuhi oleh semua penyedia perkhidmatan kewangan bagi menyediakan sokongan yang sesuai kepada pengguna yang terdedah selaras dengan hasil layanan yang adil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di akhir mesyuarat, beliau berharap isu sosial dapat dibincangkan secara aktif dan berkesan dengan penglibatan serta kerjasama strategik antara agensi Kerajaan, ahli akademik dan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Ia bagi memastikan masalah sosial dapat ditangani ke arah pembangunan sosial negara yang lebih sejahtera, sekali gus merealisasikan Malaysia MADANI serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

HIV/ AIDS belia

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sebanyak RM35.84 juta peruntukan telah diluluskan kepada 1,791 Ketua Isi Rumah (KIR) seluruh negara bagi tahun 2024 untuk meningkatkan kualiti hidup kumpulan miskin bandar...

Lokal

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku semasa upacara pengebumian Pegawai Pemerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Komander Muhammad...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd