Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Kelantan Mohon Kementerian Pengangkutan Tidak Sekat Bas Pelancong Dari Thailand

Kerajaan Kelantan berharap Kementerian Pengangkutan membenarkan bas pelancong dari Thailand untuk masuk ke negeri-negeri sempadan dalam usaha merancakkan industri pelancongan.

Menerusi satu laporan Utusan, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, peraturan yang sedia ada sebelum ini tidak membenarkan bas pelancong dari Thailand untuk masuk ke Malaysia.

“Jika peraturan itu dilonggarkan sektor pelancongan termasuk Kedah, Perlis dan Perak akan berkembang dengan lebih pesat sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Foto: FB Kamarudin Md. Nor

Beliau juga berkata bahawa ramai pemain industri pelancongan dari negara Gajah Putih itu merungut dengan peraturan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya difahamkan, peraturan itu diwujudkan bertujuan menjaga perkhidmatan bas pelancongan milik rakyat tempatan.
“Bagaimanapun kita berhadapan dengan masalah kekurangan bas pelancong,” ujar beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas itu memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak kementerian bersama pemimpin di negeri-negeri sempadan itu untuk membincangkan perkara tersebut.

Foto: FB Kamarudin Md. Nor

Beliau turut berkata usaha untuk mengadakan pertemuan itu sedang giat dilakukan dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Sebelum ini, bas pelancong dari negara jiran hanya dibenarkan di kawasan sempadan sahaja.
“Sebenarnya, ramai rakyat lain masuk ke Kelantan untuk membeli-belah barangan berjenama yang tidak dijual di negara mereka,” tambah beliau lagi.

Kamarudin percaya sekiranya peraturan yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan itu dilonggarkan, ia memberi peluang yang baik kepada industri pelancongan negara sekali gus dapat membantu ekonomi penduduk sekitar terutama negeri Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan (Muhammad Yatimin Abdullah)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd