Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Buat Pinjaman Untuk Biaya Defisit Fiskal & Hutang Matang – Amir Hamzah

Kementerian Kewangan hanya membuat pinjaman untuk biaya defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan.

Memetik laporan Bernama, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata menerusi konsolidasi fiskal secara tegas dan berperingkat, kerajaan berjaya mengekang peningkatan jumlah pinjaman bersih sekaligus mengurangkan pertumbuhan hutang.

Kerajaan buat pinjaman untuk biaya defisit fiskal & hutang matang

Foto: Astro Awani

Katanya, jumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan pada 2023 sebenarnya berkurang kepada  RM226.595 bilion berbanding RM230.949 bilion pada 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Defisit fiskal berjaya dikurangkan secara konsisten. Jumlah pinjaman bersih dijangka terus berkurang iaitu dari RM99.4 bilion pada 2022 kepada RM92.5 bilion pada 2023.
“Trend ini dijangka akan terus berkurangan sekitar RM86 bilion pada 2024,” katanya dalam teks ucapan penggulungan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 di Dewan Rakyat pada Isnin yang dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Amir Hamzah yang berada dalam persidangan itu tidak dapat membuat ucapan penggulungan kerana mengalami keradangan saluran kerongkong atau laringitis.

Dalam pada itu, Amir Hamzah turut berkata, daripada  RM241.509 bilion yang dinyatakan dalam LKAN 3/2024, sejumlah RM8.776 bilion merupakan premium bersih yang dilaraskan kepada Akaun Penyelesaian Premium/Diskaun Sekuriti Kerajaan.

Sementara itu, RM6.138 bilion merupakan transaksi ‘switch auction’, iaitu kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai strategi pengurusan hutang untuk mengurangkan risiko pembiayaan semula.

“Kaedah ini tidak akan meningkatkan jumlah pinjaman secara keseluruhan memandangkan ia hanya melibatkan pertukaran kertas hutang dengan amaun prinsipal yang sama di antara kerajaan dan pemain pasaran,” ujarnya.

Foto: The Sun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Amir Hamzah turut menjelaskan isu komitmen kewangan kerajaan yang meningkat RM0.139 bilion kepada RM285.634 bilion dan komitmen jaminaan yang mengembang RM3.288 bilion kepada RM227.404 bilion berbanding 2022.

Ujarnya, kesemua komitmen jaminan ini adalah komitmen hutang syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun yang secara khususnya melaksanakan obligasi sosial terutamanya projek infrastruktur pengangkutan awam.

Ini termasuk terbitan pinjaman baharu terutamanya oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), DanaInfra Nasional Bhd dan Prasarana Malaysia Bhd dan intervensi dasar kerajaan untuk menyokong dan membantu kewangan syarikat.

Selain itu, pinjaman itu juga untuk menyokong struktur sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (USJB) yang mempunyai kupon sifar di mana keuntungan akan dibayar pada akhir tempoh matang dan dipermodalkan setiap tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perlu dijelaskan bahawa peningkatan komitmen jaminan adalah untuk menampung empat projek infrastruktur pengangkutan yang masih sedang berjalan iaitu projek Mass Rapid Transit (MRT), Light Rail Transit 3 (LRT3), Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Rel Hubungan Pantai Timur (ECRL) disamping menampung kos operasi Prasarana bagi menambahbaik sistem jaringan pengangkutan negara.
“Peningkatan komitmen ini adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur yang tidak dapat ditampung melalui Belanja Pembangunan serta tidak mengabaikan projek-projek sosial yang lain seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan persekutuan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang disediakan di bawah Belanja Pembangunan,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Amir Hamzah berkata kerajaan turut memastikan Liabiliti Persekutuan terkawal melalui langkah-langkag seperti penetapan had nilai kuantiti yang perlu dipatuhi mengikut ketetapan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850].

Foto: DagangNews

Selain itu, kerajaan juga memastikan kadar pembiayaan dana oleh Pertubuhan Perbadanan yang dijamin adalah dalam lingkungan harga yang rendah dan membatalkan beberapa fasiliti jaminan yang masih belum dimanfaatkan dari semasa ke semasa.

Selain itu, kerajaan juga memastikan Pertubuhan Perbadanan yang dijamin mempunyai keupayaan kewangan bagi tujuan bayaran balik pembiayaan dan seterusnya tidak memberi beban kepada kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Langkah-langkah tersebut akan turut diimbangi dengan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi,” katanya.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

Prasarana Malaysia tarik balik iklan yang mencetuskan perhatian ramai dan tampil memberi penjelasan berhubung visual dalam salah sebuah tren Rapid KL, baru-baru ini. Dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd