Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Keputusan Penganjuran Komanwel Belum Ditetapkan, Tunggu Keputusan Jemaah Menteri Esok

Tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 2026 masih ‘samar-samar’ dan akan dibincangkan secara serius dalam mesyuarat jemaah menteri esok.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, keputusan itu tidak boleh dibuat secara sambil lewa sahaja  memandangkan tawaran itu memerlukan penelitian yang terperinci dan perlu dilihat dari setiap segi.

“Setakat ini pendirian kerajaan pusat belum diketahui dan jemaah menteri akan meneliti perkara ini dalam mesyuarat kabinet esok.
“Akan tetapi, saya boleh nyatakan pandangan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) setakat ini, apa yang pasti kementerian akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hannah menjelaskan kerajaan tidak akan membazirkan sama sekali wang pembayar cukai jika ingin menganjurkan sukan ketiga terbesar di dunia yang diadakan setiap empat tahun sekali itu dan dia akan sentiasa memastikan pendekatan konservatif setiap kali ia melibatkan duit rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di Dewan Rakyat hari ini, beliau turut memberitahu bahawa CGF turut menawarkan bantuan peruntukan (geran) sebanyak RM603 juta, sekiranya Malaysia bersedia menganjurkan sukan Komanwel itu.

Foto: Bernama

“Jika kerajaan bersetuju untuk menganjurkan, maka KBS akan mencadangkan perbelanjaan tidak melebihi geran yang diberikan oleh CGF.
“Jika mengambil kira wang cukai terpaksa digunakan, mungkin pilihan terbaik yang akan diambil oleh kerajaan ialah untuk tidak menganjurkannya,.
“Tapi, yang ini kita perlu menunggu keputusan kabinet esok,” katanya lagi.

Untuk rekod, Malaysia merupakan negara Asia yang pertama menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998 dengan 70 negara mengambil bahagian.

Sumber: YouTube KiniTV

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd