Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kenyataan Zahid Mengelirukan, MCA Mahu Tahu Arah Tuju BN – Teik Cheng

Kenyataan Zahid mengelirukan

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa menyatakan hala tuju Barisan Nasional (BN) dengan jelas setelah kenyataannya berhubung penggunaan lambang dacing dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) menimbulkan kekeliruan dalam kalangan parti komponen dan akar umbi.

Kenyataan Zahid mengelirukan

Kenyataan Zahid mengelirukan

Foto: Malaysiakini

Naib Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Tan Teik Cheng memaklumkan, penggunaan lambang BN bukanlah menjadi masalah utama tetapi yang menjadi perdebatan adalah mengekalkan kerjasama antara kerajaan perpaduan dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU seterusnya.

“Kenyataan Ahmad Zahid bahawa gabungan tersebut akan tetap menggunakan lambang dacing sebagai lambang BN dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) telah menyebabkan kekeliruan sama ada parti-parti komponen akan terus bekerjasama dengan kerajaan perpaduan atau tidak.
“Ini kerana pengunaan bendera dan lambang BN dalam mana-mana PRU adalah satu perkara biasa, dan tidak pernah dipersoalkan.
“Penggunaan lambang BN sememangnya sudah menjadi amalan dan tidak pernah menjadi isu namun kenyataan tersebut menimbulkan persoalan sama ada BN akan terus bekerjasama dengan kerajaan perpaduan dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU akan datang,” kata Teik Cheng dalam satu kenyataan.

Beliau juga mendedahkan, MCA telah memberi masa selama dua tahun agar BN melakukan penyelarasan untuk menentukan hala tuju yang lebih jelas namun ia masih gagal untuk dilaksanakan.

Kenyataan Zahid mengelirukan

Foto: Berita Harian

“Seperti mana yang ditekankan Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon sebelum ini, MCA telah memberi tempoh masa dua (2) tahun bagi BN untuk membuat penyelarasan selepas PRU15 untuk menetapkan hala tuju BN bagi PRU16 akan datang, namun, ia masih belum dijelaskan.
“Berkenaan agihan kerusi untuk PRU16, ditekankan bahawa MCA tidak pernah membincangkan isu ini secara spesifik dalam mana-mana mesyuarat kepimpinan tertinggi parti,” ujarnya.

Sehubungan itu, Teik Chang menyeru agar Zahid selaku Pengerusi BN melakukan perbincagan dalaman berhubung pengagihan kerusi dan semua keputusan haruslah dibuat secara konsensus dan berlandaskan semangat muafakat dalam BN.

“MCA berharap bahawa Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN akan mengadakan perbincangan dalaman berkenaan pengagihan kerusi dengan komponen BN terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman.
“Ditekankan isu-isu penting seperti ini mestilah diputuskan secara konsensus oleh komponen BN selari dengan semangat BN,” tambahnya lagi.

Artikel lain: UMNO Simpati Sokongan MCA Merosot, Tapi Tak Boleh Salahkan BN – Puad Zarkashi

Untuk rekod, MCA adalah sebahagian daripada Barisan Nasional sejak penubuhannya sebagai gabungan parti politik pada tahun 1973. MCA merupakan parti komponen utama dalam Barisan Nasional, yang merupakan gabungan parti politik di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook MCA

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd