Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenyataan Berbaur Fitnah Terhadap PM, Muhyiddin Yassin Disiasat Polis

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipanggil polis berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya sedang dalam proses untuk memanggil Muhyiddin serta saksi-saksi yang terlibat.

“Siasatan kini sedang dijalankan dan usaha untuk menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa saksi lain sedang dilakukan.
“Ada yang sudah dihubungi dan ada yang masih dalam proses tindakan (akan dihubungi), namun ketika ini kebanyakan mereka terbabit dalam sesi sidang Parlimen,” katanya kepada media hari ini.

Sebelum itu, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah.

A Asmadi berkata, siasatan dilakukan selepas Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim membuat laporan polis mengenai sebuah video tular berkaitan sidang media Muhyiddin di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, kenyataan bekas Perdana Menteri itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa kes mahkamah yang dihadapinya mempunyai campur tangan politik membabitkan pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara (Anwar).

Sumber: Harian Metro (Nor Azizah Mokhtar), Instagram Kamil Munim

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Pahang akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) selama dua hari seminggu secara giliran bagi semua penjawat awam negeri, berkuat kuasa mulai minggu...

Nasional

Krisis tenaga global yang semakin meruncing kini memberi tekanan ketara kepada pasaran domestik, susulan lonjakan mendadak harga minyak diproses, khususnya diesel yang mencecah paras...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Nasional

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang, Ruby Adira Batreisya, 17, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd