Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Perodua Bakal Lancar Kenderaan Elektrik Pertama Mampu Milik Hujung Bulan Ini

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang mampu milik dan menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Bernama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelancaran EV Perodua buatan sepenuhnya Malaysia itu akan dijadikan sebagai Agenda Nasional.

Kenderaan elektrik

Kenderaan elektrik

“EV yang akan dilancarkan itu bersifat mampu milik, memenuhi kehendak nasional serta boleh menjana ekonomi (negara),” kata beliau ketika berucap pada program lawatan dan ramah mesa bersama warga kerja Perodua di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata pelancaran kereta tersebut juga mencerminkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kepakaran tenaga kerja tempatan.

“Pelancaran EV ini membuktikan syarikat automotif berkenaan bukan sahaja mempunyai kepakaran pasukan penyelidikan dan pembangunan yang bagus, malah amat berdisiplin dalam aspek pengurusan serta tatakelola yang baik.
“Justeru, Kerajaan MADANI dan rakyat Malaysia akan memberi sokongan penuh terhadap Perodua,” kata Anwar.

Artikel lain: Poh Kong Perkukuh Strategi Hadapi Harga Emas Tinggi Dan Persaingan Sengit

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenderaan elektrik

Terdahulu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menerusi ucapannya berkata sepanjang tempoh 32 tahun operasinya Perodua telah menghasilkan 5.5 juta unit kenderaan.

“Kita juga telah melaburkan sejumlah RM13.4 bilion sejak tahun 1993, dan pada masa yang sama, Perodua juga sedang bersiap sedia bagi menghadapi dan mengatasi cabaran pada masa hadapan serta melabur dalam model EV,” katanya.

Pada Mei tahun ini Perodua dilaporkan berkata pada peringkat awal, 30 peratus pemasangan EV pertama itu akan dilakukan di kilang baharunya di Rawang dan berharga di bawah RM80,000.

Menurut syarikat itu, dengan jangkaan pengeluaran bulanan sebanyak 500 unit, EV tersebut disasarkan kepada pembeli muda dan keluarga kecil bagi membolehkan mereka memiliki kenderaan elektrik yang mampu milik.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd