Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kenang Hari Lahir Ashraf Sinclair, BCL Kongsi Foto Arwah Suami Peluk Anak

Pemergian Ashraf Sinclair secara mengejut sewaktu dalam tidur pada Februari 2020 sememangnya mengejutkan industri seni Malaysia dan Indonesia.

Mana tidaknya, dia dan isteri, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat sebagai loving couple sehingga maut yang memisahkan mereka. Sudah tentu ia sesuatu yang sangat pedih untuk diterima oleh penyanyi tersebut serta anak mereka Noah.

Kami merindu kamu

Bersempena dengan hari lahir Ashraf pada 18 September, BCL telah memuat naik gambar allahyarham suaminya yang sedang memeluk anak tunggal mereka dengan menyertakan kapsyen menyentuh hati.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Wanita Terbahagia itu telah mengucapkan selamat hari lahir serta mengatakan yang mereka amat merindui dan sentiasa menyayangi suaminya itu.

Semoga Ashraf tenang disana

Perkongsian berkenaan telah menerima komen-komen daripada rakan artis baik dari Malaysia mahupun Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka telah menitipkan kata-kata semangat buat BCL dan Noah serta terus mendoakan agar allahyarham Ashraf ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al Fatihah buat Ashraf

Semoga legasi Ashraf terus ‘hidup’

Rindu menyakitkan adalah rindu mereka yang telah tiada

Terdahulu, Ashraf Sinclair telah dikhabarkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 sewaktu dalam tidur. Difahamkan punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung.

Lebih menyedihkan lagi, pasangan tersebut baru sahaja beberapa hari pulang dari Amerika Syarikat bagi menghabiskan cuti bersama.

Sumber: Instagram bungacitralestari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd