Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenal kat WeChat, pekerja mekanik ditangkap khalwat bersama ibu tunggal

Seorang lelaki yang bekerja sebagai mekanik ditangkap khalwat bersama seorang ibu tunggal di sebuah rumah wanita berkenaan di Taman Jelutong, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, mereka berkenalan melalui aplikasi WeChat sejak tujuh bulan lalu dan dicekup berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada 1.42 pagi tadi.

Difahamkan, lelaki yang berusia 27 tahun itu terpaksa menginap di rumah wanitayang berusia 49 tahun tersebut kerana untuk memudahkan urusannya untuk ulang alik pergi ke tempat kerja.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad, mereka telah membuat serbuan ke rumah terbabit selepas mendapat aduan daripada orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan hasil serbuan, didapati terdapat seorang remaja perempuan di bilik berasingan yang dipercayai anak kepada wanita tersebut.

“Siasatan kemudian menemui wanita terbabit dalam rumah itu dan mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Pemeriksaan juga menemui seorang remaja perempuan dalam bilik berasingan di rumah berkenaan yang juga anak kepada wanita terbabit,” katanya.

Jelas Anwar lagi, lelaki tersebut memberitahu mereka akan bernikah pada 18 Mac ini namun belum lagi membuat permohonan bernikah. Wanita itu pula hanya tinggal bersama anak dan tidak bekerja selepas kematian suami.

“Mereka ditahan untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd