Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Komunikasi Sokong Titah Agong Bendung Budaya Buli

Kementerian Komunikasi menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan kepentingan membanteras budaya buli sejak peringkat sekolah.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, peringatan Seri Paduka itu jelas menunjukkan gejala buli bukan sahaja menjejaskan emosi dan mental mangsa, malah boleh melahirkan generasi yang hilang nilai hormat serta kasih sayang sesama insan.

Menurut beliau, Kementerian Komunikasi komited menyokong hasrat tersebut melalui beberapa langkah utama.

“Antaranya dengan melaksanakan Kempen Kesedaran Nasional Antibuli secara menyeluruh di televisyen, radio, media sosial dan platform digital; menggerakkan tindakan susulan rentas kementerian agar mesej sampai kepada murid, pelajar, ibu bapa dan komuniti; serta memperkukuh pengarusperdanaan nilai hormat, disiplin dan kasih sayang dalam komunikasi strategik kerajaan serta program masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fahmi menambah, usaha itu seiring dengan pindaan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025, yang menzahirkan kesungguhan kerajaan menangani isu buli dengan lebih tegas.

Kementerian juga akan memastikan mesej antibuli disampaikan dalam bentuk lebih mudah difahami kanak-kanak dan remaja, bagi memastikan generasi muda benar-benar menghayati nilai hormat dan mengamalkan sikap prihatin sejak kecil.

Dalam masa sama, beliau menyeru ibu bapa, sekolah, komuniti serta media untuk berganding bahu membanteras gejala buli secara bersama.

Sumber: Berita RTM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd