Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mat Sabu Perjelas Kelemahan Sistem Pengairan, Saliran Punca Hasil Padi Berkurangan

Kelemahan sistem pengairan dan saliran di kawasan padi seluruh negara dikenal pasti menjadi penyebab utama kepada pengurangan hasil padi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata berikutan masalah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun bagi membolehkan bekalan padi dan beras dapat dikeluarkan secara konsisten.

Kelemahan sistem pengairan

Kelemahan sistem pengairan

Sumber gambar: Bernama

“Isu struktural ini perlu ditangani sewajarnya, sistem pengairan yang telah dibangunkan sejak sekian lama perlu dibuat penyelenggaraan secara berterusan dan hal ini melibatkan kos yang tinggi, sebab itu Perdana Menteri telah umumkan projek itu di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
“Projek infrastruktur ini dilaksanakan berkonsepkan kerjasama awam-swasta dengan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur penanaman padi di Kawasan Muda ini akan dibiayai sepenuhnya terlebin dahulu oleh pihak swasta dan akan dibayar semula oleh kerajaan kepada syarikat yang terlibat selepas projek siap,” katanya.

Artikel lain: Dr Zaliha Jangka Caj Kesesakan Mampu Kurangkan 20 Peratus Kesesakan Di Kuala Lumpur

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelemahan sistem pengairan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 di Pida 4 Ayer Hitam dekat sini hari ini.

Mohamad berkata Kumpulan Syarikat MMC melalui Syarikat MMC Infra Padi San Bhd telah berjaya membida projek Fasa 1 bagi membangun dan membuat penyelenggaraan 15 Blok Sistem Pengairan Tersier (Projek 1) dan Pembangunan Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu (Projek 2) di bawah Fasa 1 dengan kos RM1 bilion.

“Proses penandatanganan perjanjian konsesi telah diadakan pada 19 Dis lepas. Saya harap kita dapat memperkasakan kembali industri padi bagi memastikan keperluan beras rakyat sentiasa cukup dan terjamin tanpa mengabaikan kebajikan golongan pesawah dan pemain industri.
“KIta harapkan kerjasama erat daripada kerajaan Kedah dan Perlis untuk bersama-sama berbanding bahu dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan projek ini dapat disiapkan pada waktu ditetapkan, seterusnya memberi manfaat kepada golongan pesawah,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd