Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelar Isteri: Individu Mengaku Keluarga Dakwa Suspek Ada Masalah Kesihatan Mental

Seorang pengguna TikTok mengaku dirinya sebagai ahli keluarga kepada suspek yang mengelar isterinya dalam satu kejadian di Tangkak pada Isnin lalu mendakwa lelaki tersebut mempunyai masalah kesihatan mental.

Pengguna tersebut yang menggunakan nama akaun @mrs_garage mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen pada satu hantaran berkaitan kes tersebut menerusi seorang lagi pengguna TikTok lain @norainibasre.

Foto: TT norainibasre

“Saya saudara belah lelaki, suspek ada masalah mental. Dah nasib dan bahagian dia macam ni, doakan yang baik-baik sahaja, insyaAllah,” tulisnya pada Rabu.

Bagaimanapun setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung dakwaan tersebut. Siasatan masih dijalankan dan polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan latar belakang psikologi atau rekod kesihatan mental suspek.

Terdahulu, media melaporkan suspek, 33, yang merupakan seorang penganggur ditahan selepas dipercayai mengelar leher isterinya sehingga maut di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir pada Isnin.

Foto: Sinar Harian

Kejadian tragis itu dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang dimana mayat mangsa ditemukan di dalam rumah, ditutup dengan selimut, dipercayai disembunyikan suspek selepas kejadian.

Lebih mengejutkan, suspek turut dipercayai cuba membakar rumah ibu mentuanya yang terletak di Kebun Baru, Durian Chondong  kira-kira 40 kilometer dari tempat kejadian asal pada pagi Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: TT @bungalibra91

Tindakan tersebut bagaimanapun tidak berjaya sepenuhnya dan hanya menyebabkan beberapa buah kenderaan di bahagian luar rumah terbakar.

Polis berjaya menahan suspek selepas dia pulang semula ke rumahnya di Bukit Gambir sekitar jam 7 pagi Selasa.

Sumber: TikTok @norainibasre

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd