Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kekurangan Tenaga Kerja Jururawat, KKM Longgarkan Syarat Pengambilan JTWA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi kelonggaran kepada pengambilan jururawat terlatih warga asing (JTWA) di fasiliti kesihatan swasta.

Kelonggaran ini diberikan berikutan kekurangan tenaga jururawat di kedua-dua sektor awam dan swasta sekali gus memberi kesan terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan secara efektif di negara ini.

Kriteria pengambilan JTWA oleh pihak swasta sedikit mengekang, seperti yang tertulis dalam Employment Criteria for Foreign Trained Nurse In Malaysia 2018 dan ianya telah dikaji semula dan diberi kelonggaran bersyarat sementara, demi kepentingan perkhidmatan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Fasiliti kesihatan swasta dibenarkan mengambil JTWA tanpa kelayakan pos basik dengan syarat JTWA perlu menduduki ujian Malaysian Nursing Board Qualification Examination for Foreign Trained Nurses yang dikendalikan Lembaga Jururawat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, pengambila JWTA sah bagi tempoh 12 bulan sahaja bermula 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2024.

Pelanjutan berkhidmatan juga dibenarkan selama 12 bulan mengikut kelulusan Perakuan Pengamalam Sementara (TPC) JTWA. Perkara ini akan dinilai semula berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.

Bilangan JTWA di setiap fasiliti kesihatan swasta juga tidak boleh melebihi 40 peratus daripda jumlah jururawat di fasiliti tersebut.

Syarat yang terakhir pula, pengambilan JTWA juga hendaklah mematuhi kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, termasuk perincian gaji dan tempoh kontrak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keputusan ini telah disambut baik oleh industri perubatan swasta kerana ianya dapat membantu mengoptimumkan pengoperasian dan perkhidmatan mereka,” kata Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan media semalam.

Pelonggaran pengambilan JTWA akan membenarkan jalinan kerjasama awam-swasta kerana fasiliti kesihatan swasta akak lebih bersedia membantu KKM dalam usaha memenuhi keperluan kesihatan rakyat.

Langkah ini juga akan memberi kesan positif terhadap pelbagai sektor seperti industri pelancongan kesihatan sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Namun demikian, KKM masih prihatin dan tetap akan memberikan keutamaan kepada kebajikan dan prospek kerjaya jururawat tempatan yang komited memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, KKM akan melaksanakan pengambilan tetap graduan Diploma Kejururawatan dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta secara berfasa bagi tahun 2024 dan 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KKM mengambil langkah ini untuk mengisi keperluan jururawat di fasiliti awam disamping memastikan peluang pekerjaan jururawat tempatan terpelihara.

“Kerajaan sentiasa cakna dan sedia bekerjasama dengan semua pihak dalam menyelesaikan isu berhubung perkhidmatan kesihatan di negara ini,” ujar Dr Zaliha.

Diharapkan dengan kelonggaran ini, semua fasiliti kesihatan swasta akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd