Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kegagalan FashionValet, Menteri Kewangan II Dedah Tiga Punca

Kegagalan FashionValet dan kerugian dialami Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam syarikat perniagaan fesyen dalam talian itu disebabkan tiga faktor luar jangka yang didedahkan oleh Menteri Kewangan II di Persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyatakan, perkara itu berlaku ketika syarikat terbabit ingin mencapai aspirasinya dalam membolehkan pelanggan membeli belah melalui pelbagai saluran dengan memberi fokus menambah rangkaian kedai fizikal.

Amir Hamzah pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO BERNAMA

Foto: Harian Metro

Punca utama adalah implikasi Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika FV menambah kedai fizikalnya secara pesat telah menghalang perniagaan fizikal FV lalu mengakibatkan pasaran dan pakaian premium termasuk tudung merosot secara ketara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa perkembangan pesat jenama fesyen tempatan terutama fesyen sopan yang menggunakan platform tersendiri seperti melalui (contohnya) Facebook telah menyebabkan FV berdepan saingan hebat dan paltform FV terpaksa ditutup.

FashionValet - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Foto: Carian Google

Punca ketiga pula, kejatuhan FV ekoran daripada cabaran dalam mengumpul dana, sekali gus menyebabkan kekangan dalam aliran tunai syarikat terbabit.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, Khazanah dan PNB mengakui hasil pelaburannya dalam FV tidak selari dengan unjuran pulangan pelaburan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, isu pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet mencuri tumpuan apabila Kementerian Kewangan memaklumkan dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen berkenaan kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Sumber: Harian Metro (Latifah Arifin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd