Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kedutaan Malaysia Di Jordan Bantu Tahanan GSF, Pastikan Dapat Perlindungan Adil

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan mengesahkan pihaknya telah mengambil langkah segera bagi membantu 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Kedutaan Malaysia di Jordan bertemu dengan peguam

Menurut laporan Buletin TV3, dalam kenyataan rasmi, kedutaan Malaysia telah mengadakan pertemuan bersama pasukan peguam Malaysia di Amman bagi memastikan semua tahanan mendapat perlindungan undang-undang secara adil dan telus.

kedutaan Malaysia

Selain itu, pihak kedutaan juga menjalin komunikasi dengan negara-negara sahabat ASEAN yang berada di Amman dan Tel Aviv untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan tahanan serta menyalurkan bantuan konsular sewajarnya.

Artikel lain: Marinette Satu-Satunya Kapal Yang Masih Belayar Teruskan Misi Kemanusiaan GSF

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kedutaan memantau rapat perkembangan semasa melibatkan rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF, khususnya mereka yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Israel,” jelas.

Semalam, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah ditahan.

kedutaan Malaysia

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh merujuk kepada Unit Hal Ehwal Palestin Kedutaan Malaysia di Amman melalui e-mel: [email protected] atau menghubungi pegawai bertugas, Muhd Irfan Zulkurnain di talian +962793811135 serta Nur Najihah Md Abas di talian +962790800865.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd